Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
511 subscribers
980 photos
70 videos
29 files
527 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
Saya nak share sket tips "power" untuk penyimpan dan pelabur emas.

Sekiranya anda faham tips ini, maka strategi pelaburan emas akan jadi mudah.

Nama strategi ini adalah "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐀𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐞 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧" atau dalam English dipanggil "π’‡π’π’“π’˜π’‚π’“π’… π’π’π’π’Œπ’Šπ’π’ˆ 𝒂𝒑𝒑𝒓𝒐𝒂𝒄𝒉"

Apa maksudnya?

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, kita 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐀 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐒 𝐀𝐞𝐧𝐚𝐒𝐀𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧. Lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan.

Atau 10 tahun kehadapan!

Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas.

Contoh sebenar. Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji. ia memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan 2.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.

Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun. tapi siapa yang melihat 2 tahun.. maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk...

Jadi, untuk mendapat jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai strategi "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐀𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐞 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧"

Anda akan berterima kasih kepada diri anda :)

Sila #share tips ini jika bermanfaat

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Tahun 2020 akan meninggalkan kita.

Jadi, saya akan buat FBlive pada hari Jumaat, 25/12/2020 jam 9.00 malam di FBpage Syukor Hashim & Jonaina Nordin

Saya akan berkongsi nota emas tahun 2020 dengan anda.

Sebagai penyimpan emas dan pelabur emas, apakan perkara-perkara penting yang kita perlu ambil maklum sebelum memasuki tahun 2021.

Macam biasa, ada banyak offer belian emas, offer menjadi dealer dan cabutan bertuah memang emas menanti anda.

Silakan share dengan senyuman :)

Jumpa Jumaat nanti gais.

#NotaEmasSyukorHashim
Antara faktor yang boleh menaikkan harga emas tahun 2021 adalah perang perdagangan antara US dan China.

Isu ini boleh menjadi isu yang hangat dan mengundang konfrontasi antara kuasa ekonomi nombor 1 dan nombor 2 dunia.

Bayangkan, president Trump yang dah nak tinggalkan White House masih boleh bagi arahan melalui executive order untuk menyahsenaraikan 3 syarikat gergasi telekomunikasi China daripada Bursa Saham New York, NYSE.

3 syarikat terbabit adalah China Telecom Corp. Limited, China Mobile Limited, and China Unicom Hong Kong Limited. Mereka dijangkakan akan dinyahsenarai pada 7 Januari atau selewatnya 11 Januari 2021.
China awal-awal lagi telah memberikan amaran akan bertindak balas terhadap Amerika atas tindakan nyahsenarai ini.
Bagi saya, tindakan Trump ini akan meningkatkan ketegangan dan keharmonian kedua kuasa dunia. Ia juga menghancurkan kepercayaan antara kedua negara ini.

Soalannya sekarang, adakah Joe Biden yang bakal mengangkat sumpah pada 20 Januari 2021 nanti akan meneruskan dasar untuk berseteru dengan China?
Sekiranya YA maka ia akan menjadi faktor fundamental yang akan menaikkan harga emas.
Kenapa? Sebab China tidak akan akan menyokong USD, akan menjual/mengurangkan hutang-hutang US yang mereka pegang.
Selain itu, China akan mencari jalan untuk membalas balik tindakan yang dibuat oleh US. Kita tak tahu apa bentuk tindak balas, namun yang pasti jika ketegangan politik China - US berterusan maka emas akan jadi aset pilihan pelabur.

Secara fundamental, emas ada sebab untuk naik.
#NotaEmasSyukorHashim
Semalam saya menonton majlis angkat sumpah presiden US ke 46, Joe Biden.

Kemudian saya jeling kat graf harga emas 😁

Di penghujung London market session, harga emas dilihat menurun.

Namun setelah pasaran New York dibuka, harga emas terus meroket πŸš€

Kenapa?

Sebab Joe Biden angkat sumpah menjadi presiden US ke 46 menggantikan Donald Trump.

Kemudian, beliau akan melantik Janet Yellen sebagai setiausaha kewangan US.

Perlantikan Joe Biden berlaku pada zaman yang mencabar. Ini kerana dunia sedang mengalami kemelesetan ekonomi akibat Covid-19. Amerika sendiri telah terjejas sehingga 400,000 rakyat mereka mati akibat Covid-19.

Dari segi polisi pemulihan ekonomi. Kedua mereka ini dilihat sebagai pro kepada pakej rangsangan ekonomi yang sangat besar.

Joe Biden telah mengemukakan pakej rangsangan ekonomi bernilai 1.9 trillion USD.

Yellen mencadangkan agar pakej rangsangan ini ditambah lagi.

Baik, apa kesannya kepada harga emas?

Gais. Apabila kerajaan mencetak duit yang terlalu banyak dan masukkan duit ini kedalam ekonomi, ia akan meggalakkan aktiviti perbelanjaan dan pelaburan. Sebab ramai orang ada duit.

Ekonomi akan terangsang. Bisnes akan bergerak, kilang akan bekerja, peluang pekerjaan akan tercipta. Itu adalah matlamat kerajaan.

Namun sekiranya terlalu ramai orang yang ada duit untuk berbelanja, maka secara tidak langsung ia akan meningkatkan risiko inflasi. Sebab banyak duit dalam pasaran berbanding barang-barang dan perkhidmatan.

Risiko inflasi menyebabkan nilai duit jadi rendah.

Sebagai contoh, jika inflasi adalah 5% setahun, Ini bermaksud duit Usd100 cuma boleh beli barang/perkhidmatan bernilai Usd95 tahun hadapan.

Jadi orang yang simpan Usd akan dapati, nilai duit makin kurang. Kalau pegang lama pun akan rugi.

Kalau simpan dalam bank pun, interest near zero. Jadi tak boleh lindung nilai duit.

Jadi, apakah cara pelabur melindung nilai duit?

Jawapannya: beli emas. Beli silver.

Kedua logam ini memainkan peranan sebagai pelindung nilai kerana kerajaan tidak boleh cetak kedua logam ini.

Kuantiti yang terhad emas dan perak menjadikan nilainya terpelihara.

Mat saleh cakap β€œgold and silver are hedging agains inflation”

dalam Bahasa Melayu, β€œEmas dan perak adalah pelindung daripada dimakan inflasi”

Apakah pandangan saya untuk harga emas dan perak selepas ini?

Saya berpendapat, bila Biden dan Yallen betul-betul melaksanakan program ransangan 1.9 trillion Usd ++ maka ia meningkatkan risiko inflasi kepada Us.

Harga emas dan silver akan berada dalam trend menaik pada zaman Joe Biden.

Ini pandangan saya.

Ps: Nota untuk diri sendiri. Harga emas hari pertama Joe Biden angkat sumpah = us 1872.1 (waktu posting ini ditulis)

#NotaEmasSyukorHashim
*Apakah strategi pelaburan emas tahun 2021?*

En Syukor Hashim akan berkongsi analisis ini dengan anda di dalam Fblive:

Tarikh: 29/1/2021 Jumaat
Masa: 9.00 malam
Lokasi: FB Page Syukor Hashim & Jonaina Nordin

Semoga ia membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik 😁

Juga, banyak offer menanti anda (belian dan jadi dealer).

Kita juga akan buat cabutan bertuah untuk pemenang FbLive saya bulan lepas.

Silakan #share

#NotaEmasSyukorHashim
Semalam harga emas mencatatkan penurunan sehingga USD1785.

Penurunan yang ketara ini berlaku ketika sesi dagangan New York.

Apakah faktor yang mendorong penurunan harga emas semalam?

Jawapan. Sentimen positif terhadap ekonomi US asbab data ekonomi yang kukuh.

Semalam ada 2 laporan penting dikeluarkan semalam iaitu:

1) 9.30 malam waktu US: Unemployment claims
2) 11.00 malam waktu US: Order untuk kilang.

Kedua-dua data ini menunjukkan perkembangan positif.

Sebagai contoh, unemployment claim dianggarkan akan berada pada paras 828 ribu orang. Namun data sebenar menunjukkan hanya 779 ribu orang yang buat unemployment claim.

Data ini menggambarkan peluang pekerjaan naik.

Data order kilang pula menggambarkan jumlah tempahan yang diterima oleh kilang-kilang US. Jika berlaku peningkatan oder bermaksud kegiatan ekonomi rancak dan berkembang.

Jika order kilang jatuh, ia menggambarkan ekonomi kurang bagus.

Penganalisis berpendapat order kilang akan berkembang 0.7% namun data sebenar menunjukkan pertumbuhan 1%.

Sentimen positif seperti ini menyebabkan pelabur rasa yakin dengan ekonomi US. Jadi USD menaik, stok market naik dan aset selamat seperti emas dan perak jatuh.

Itu dia sebabnya.

Baik, adakah harga emas boleh jatuh lagi atau akan naik? Well malam ini akan ada data yang sangat penting akan keluar iaitu Non Farm Payroll (9.30 malam waktu US). Laporan ini dikeluarkan setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan.

Laporan ini menunjukkan penciptaan pekerjaan pada sektor-sektor lain selain perladangan. Ia akan memberikan gambaran samada ekonomi US semakin kukuh atau tidak.

Jika pekerjaan meningkat melebihi jangkaan, maka itu menggambarkan ekonomi US semakin kuat. Harga emas boleh jatuh.

Jika pekerjaan kurang daripada jangkaan, maka itu menggambarkan ekonomi tak berapa ok. Harga emas boleh naik.

Sila tunggu news malam ini dengan pop corn :)

#NotaEmasSyukorHashim
Saya nak share sket tips "power" untuk penyimpan dan pelabur emas.

Sekiranya anda faham tips ini, maka strategi pelaburan emas akan jadi mudah.

Nama strategi ini adalah "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐀𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐞 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧" atau dalam English dipanggil "π’‡π’π’“π’˜π’‚π’“π’… π’π’π’π’Œπ’Šπ’π’ˆ 𝒂𝒑𝒑𝒓𝒐𝒂𝒄𝒉"

Apa maksudnya?

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, kita 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐀 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐒 𝐀𝐞𝐧𝐚𝐒𝐀𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧. Lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan.

Atau 10 tahun kehadapan!

Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas.

Contoh sebenar. Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji. ia memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan 2.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.

Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun. tapi siapa yang melihat 2 tahun.. maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk...

Jadi, untuk mendapat jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai strategi "𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐀𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐞 𝐑𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧"

Anda akan berterima kasih kepada diri anda :)

Sila #share tips ini jika bermanfaat

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Apakah jangkaan untuk harga emas tahun 2022?

Berdasarkan analisis daripada Kitco, penganalisis pasaran berpendapat tahun ini kita akan menyaksikan harga emas akan naik melebihi USD2000 per OZ.

Kenaikan harga ini dijangka akan dipacu oleh dasar kewangan oleh Federal Reserved US (Fed)

Ini kerana Fed bertanggungjawab memastikan masalah inflasi yang melanda US boleh dikawal.

Sekiranya data inflasi US melebihi 5% setiap bulan maka harga emas akan menaik. Ini kerana pelabur akan mengalihkan modal mereka kepada emas dan perak.

Selain itu, pelabur juga akan memantau kesan virus covid-19 varian Omicron. Adakah Omicron mampu menjejaskan ekonomi dunia? Ini adalah salah satu faktor ketidaktentuan tahun 2022.

Apa lagi faktor yang boleh menaikkan harga emas tahun 2022?

Antaranya adalah hubungan politik diantara US vs China serta US dan Russia. Adakah berlaku perselisihan politik yang besar antara mereka tahun ini? Jika ya maka harga emas boleh naik.

Gais, ini adalah faktor-faktor fundamental yang boleh menaikkan harga emas tahun ini.

Namun untuk penyimpan / pelabur emas rakyat marhein, saya nak bagi tips untuk anda.

1. Kesabaran - ingat anda invest emas untuk jangka masa panjang.

2. Konsisten - beli secara konsisten. Pastikan gram emas anda semakin bertambah sepanjang tahun, bukan berkurang. Beli dan tunggu lebih bagus daripada tunggu harga bagus baru nak beli.

3. Pengurusan wang yang mantap - sekiranya anda target nak simpan 10% income anda dalam emas, maka bila dapat income, cepat-cepat tukarkan duit tu kepada emas dan lepas tu lupakan sahaja (forgotten saving).

Sebagai contoh. Jika dapat durian runtuh seperti bonus atau naik gaji maka saya recommend anda tukar 50% daripada durian runtuh itu ke dalam bentuk emas.

3 tips ini, jika anda ikuti betul-betul, InsyaAllah anda akan beruntung dengan emas πŸ˜„

Copy from
#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Apakah jangkaan untuk harga emas tahun 2022?

Berdasarkan analisis daripada Kitco, penganalisis pasaran berpendapat tahun ini kita akan menyaksikan harga emas akan naik melebihi USD2000 per OZ.

Kenaikan harga ini dijangka akan dipacu oleh dasar kewangan oleh Federal Reserved US (Fed)

Ini kerana Fed bertanggungjawab memastikan masalah inflasi yang melanda US boleh dikawal.

Sekiranya data inflasi US melebihi 5% setiap bulan maka harga emas akan menaik. Ini kerana pelabur akan mengalihkan modal mereka kepada emas dan perak.

Selain itu, pelabur juga akan memantau kesan virus covid-19 varian Omicron. Adakah Omicron mampu menjejaskan ekonomi dunia? Ini adalah salah satu faktor ketidaktentuan tahun 2022.

Apa lagi faktor yang boleh menaikkan harga emas tahun 2022?

Antaranya adalah hubungan politik diantara US vs China serta US dan Russia. Adakah berlaku perselisihan politik yang besar antara mereka tahun ini? Jika ya maka harga emas boleh naik.

Gais, ini adalah faktor-faktor fundamental yang boleh menaikkan harga emas tahun ini.

Namun untuk penyimpan / pelabur emas rakyat marhein, saya nak bagi tips untuk anda.

1. Kesabaran - ingat anda invest emas untuk jangka masa panjang.

2. Konsisten - beli secara konsisten. Pastikan gram emas anda semakin bertambah sepanjang tahun, bukan berkurang. Beli dan tunggu lebih bagus daripada tunggu harga bagus baru nak beli.

3. Pengurusan wang yang mantap - sekiranya anda target nak simpan 10% income anda dalam emas, maka bila dapat income, cepat-cepat tukarkan duit tu kepada emas dan lepas tu lupakan sahaja (forgotten saving).

Sebagai contoh. Jika dapat durian runtuh seperti bonus atau naik gaji maka saya recommend anda tukar 50% daripada durian runtuh itu ke dalam bentuk emas.

3 tips ini, jika anda ikuti betul-betul, InsyaAllah anda akan beruntung dengan emas πŸ˜„

Copy from
#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

(13/7/2022) harga emas mula menjunam bermula jam 8.30 malam tadi.

Apa sebabnya?

Jawapannya, US telah mengeluarkan satu laporan ekonomi yang penting jam 8.30 malam tadi (waktu tempatan) iaitu CPI report (Consumer Price Index).

Dalam bahasa Melayu, kita panggil index harga pengguna. Index harga pengguna bertujuan mengukur kadar inflasi.

Apabila laporan CPI dikeluarkan sebentar tadi, didapati kadar inflasi untuk bulan lepas sangat tinggi iaitu 9.1%.

Ini lebih tinggi daripada kadar anggaran 8.5%.

Dalam situasi biasa, harga emas akan melambung jika inflasi menggila.

Namun malam nie kenapa harga emas menjunam walaupun inflasi menggila?

Harga emas menurun daripada USD 1730 kepada USD 1710 (lebih kurang 1.1%)

Apa rasionalnya?

Untuk pengetahuan anda, pelabur berpendapat laporan CPI hari ini akan menyebabkan US Federal Reserved akan bertindakbalas menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75% hujung bulan ini.

Ini bertujuan meningkatkan kos pinjaman, menggalakkan orang simpan duit dalam bank dan menyebabkan kurangnya duit di dalam ekonomi.

Bila duit kurang maka orang pun kurang membeli. Jadi inflasi akan dikawal (itu teorinya).

Jadi, andaian kadar faedah meningkat menyebabkan pelabur menjual emas sekarang dan memegang tunai.

Itulah yang meyebabkan harga emas jatuh mendadak malam ini.

Overall, saya boleh katakan emas dalam trend menurun sekarang.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Nak simpan RM10k dalam bentuk cash nie agak mencabar sebab sebab otak kita pantang tengok baki dalam bank akaun.

Sebab otak kita fikir macam nie.

Duit = untuk belanja.
Akaun bank = tempat duit bermusafir.

Sebab tu otak anda akan ligat bagi cadangan untuk perabis duit tu.

Lepas tu otak cakap β€œtakper kalau nak habis duit bulan nie… sebab bulan depan ada gaji lagi”

Itulah cyle dia…

Lagi satu, kalau setakat 37 gram emas nie, zakat emas anda adalah kosong.

Bila simpanan anda dah cecah 85gram (anggaran RM23k ikut harga sekarang) dan simpanan itu cukup setahun, barulah zakat emas akan dikira dengan nilai 2.5% darab harga emas semasa.

Simpan emas nie mudah, namun bisikan otak boleh jadikan benda nie jadi susah.

#NotaEmasSyukorHashim
Saya pernah berjumpa orang yang simpan 1 gram emas sahaja.

Lepas tu dia berhenti.
Lepas tu dia tutup akaun emas.

Mula 1g, penutup pun 1g

Saya juga ada customer yang beli setiap bulan 1 gram sejak tahun 2014 sehingga sekarang πŸ™€. Wow! Konsistennya dia 😍

Saya juga ada customer yang beli akaun emas sampai dapat 1kg emas fizikal.

Dia suka sebab berjaya genggam 1kg.

Ikut pengalaman saya, orang yang berjaya simpan banyak emas, biasanya dia simpan dengan matlamat.

Sebagai contoh, kalau nak simpan dana untuk pendidikan anak, rasanya bolehlah 1 gram sebulan dan simpan 17 tahun.

Namun kalau nak beli rumah dan tanah, biasanya 1gram sebulan nie tak cukup.

Anda kena simpan lebih.

Kenalpasti matlamat jangka panjang anda dan konsisten simpan.

Bila dah cukup nilainya maka anda boleh jual terus emas tu dan penuhi matlamat anda.

Sebagai contoh, saya pernah tukarkan hampir 80% duit saya ke dalam bentuk emas dan perak. Bertahun-tahun saya amalkan tukar duit jadi emas perak.

Namun bila ada peluang bina rumah secara tunai di Langkawi maka saya jual emas perak saya dan bina rumah. Itulah masa mencairkan emas tersebut.

Emas banyak membantu kehidupan saya 😁

Kredit Nota
#NotaEmasSyukorHashim
17/12/22 Apa cerita emas hari ini?

Well, saya tak sangka poster belian emas secara EPP10X mendapat banyak pm dan whatsapp daripada pembaca. (Epp10x adalah satu cara belian emas yang ditawarkan oleh Public Gold)

Of coz yang paling banyak dapat pertanyaan adalah 1 dinar bayar 10 bulan.

Maksudnya kalau start bulan 12, maka akan habis bayar bulan 9, 2023.

Mungkin sebab kosnya tak mahal (tengok jadual bayaran dalam poster) dalam RM115 sebulan.

Jadi rakyat marhein mampu beli dengan senyuman πŸ˜ƒ

Apakah kelebihan epp10x?

Pertama sekali, ianya patuh syariah. Jadi anda boleh beli dengan tenang.

Kedua, Anda sudah kunci harga emas semasa sekarang dan tak perlu fikir harga emas masa depan. Samada harga emas 10 bulan lagi dah naik @ turun, anda tak perlu fikir, epp10x dah kunci harga tersebut kepada anda.

Ketiga: epp10x adalah satu bentuk β€œforce saving” dimana anda memaksa diri anda untuk membayar ikut jadual.

Ramai orang yang lebih suka cara paksa nie sebab akan nampak hasil.

Tengok ajer style KWSP, bila kita terpaksa buat caruman, memang akan nampak duit simpanan jadi banyak.

Keempat: kalau anda bayar awal, maka anda boleh ambil emas awal, tak perlu tunggu 10 bulan.

Kelima: lepas habis bayar, emas ini boleh dicourier ke rumah anda dengan berinsurans.

Anda tak perlu datang ambil kat office Public Gold. Jadi walaupun anda berada di pendalaman yang jauh, Public Gold tetap boleh hantarkan emas nie kepada anda.

Baik, saya nak kena cerita. Apakah β€œkelemahan” epp10x? Supaya anda aware.

Bila anda buat belian secara epp10x maka anda akan mendapat jadual bayaran bulanan untuk belian anda.

Jadi, sila bayar ikut jadual. Ingat tarikh pembayaran epp10x anda.

Jangan tiba-tiba anda tak bayar ikut jadual. Sebab risikonya adalah epp10x anda akan dibatalkan. Anda akan dikenakan penalti 10% dari nilai emas tersebut.

Biasanya Public Gold akan hantar reminder kat emel anda, supaya anda tak terlepas bayar.

Kedua, jika anda tak mampu bayar dan ingin tamatkan epp anda di pertengahan jalan, maka Public Gold akan tolak 10% daripada nilai emas sebagai penalti dan baki selebihnya akan dipulangkan kepada anda.

Ok, itulah cerita tentang epp10x.

Saya doakan anda boleh simpan sebahagian duit anda dalam bentuk yang lebih baik iaitu EMAS πŸ₯³

Kredit nota
#NotaEmasSyukorHashim
Saya nak share 4 strategi pelaburan emas untuk tahun ini.

Ada 4 langkah.

Langkah 1:
Buat keputusan. Keputusan apa?

Keputusan nekad untuk menggenggam emas dalam tangan tahun ini.

Sebagai contoh, tahun lepas, seorang customer saya telah membuat keputusan untuk memiliki gold bar 250g.

Hasrat beliau untuk memiliki emas 250gram nie sebenarnya dah ada beberapa tahun lepas.

Tapi tak menjadi.

Namun apabila beliau membuat keputusan nekad β€œAku nak pegang 250g sekeping tahun 2022, maka beliau terus nekad untuk buat belian 250gram ini secara epp10x (beli emas dan bayar dalam tempoh 10bulan).

Beliau buat keputusan pada bulan 3. Jadi Epp10x beliau start bulan 3 dan Alhamdulillah, habis bayar pada bulan 12!

Beliau sangat gembira. Kalau beliau tak buat keputusan, mungkin 2022 pun beliau takde emas sebesar 250g.

Kenapa 250g?

Sebab dia nak rasa β€œkejayaan peribadi”

Namun untuk anda yang baru nak start, anda target ajer item yang kecil-kecil seperti 10g, 20g, 50g atau 5 dinar @ 10 dinar.

Namun kalau poket tak dalam maka target 1 dinar pun ok.

Buat keputusan sekarang. Tetapkan matlamat berapa gram kita ada dihujung tahun. Bila buat decision, baru nampak jalan untuk konsisten.

2. Langkah 2: Lafaz niat.
Terus lafaz niat β€œsahaja aku simpan emas ini untuk masa depan ku”

Rasulullah SAW pernah bersabda β€œSetiap perbuatan itu bermulanya dengan niat dan setiap orang itu mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan”

Jadi penting untuk anda melafazkan niat yang betul. Semoga ada keberkatan pada niat anda memiliki emas untuk masa depan.

3. Langkah 3:
Buat pelan tindakan!

Sebagai contoh, 2 cara memiliki emas di Public Gold yang sesuai untuk kebanyakan orang.

Pertama adalah buat belian secara Epp10x (beli emas dan bayar dalam tempoh 10 bulan, lepas habis bayar maka anda akan terima emas”. Ini lebih kepada force saving. Anda dah tahu harga dan bayaran setiap bulan.

Anda boleh buat simulasi jadual harga epp10x kat website Public Gold atau apps Public Gold.

Kedua adalah belian secara akaun GAP.

Yang ini sesuai untuk orang yang tak nak force saving. Bila ada duit barulah topup gram emas dalam akaun anda. Cuma bezanya adalah anda tak kunci harga emas, sebaliknya membayar harga semasa emas waktu anda topup gram emas tersebut.

4. Langkah 4.
Sekiranya ada rezeki lebih, tambah gram emas lagi!

Sebab pelaburan emas bergantung kepada berapa gram simpanan dalam tangan / akaun anda.

Semakin banyak gram emas anda, semakin tinggi potensi keuntungan anda.

Mana tahu anda dapat durian runtuh tahun nie, tukarkan sebahagian menjadi emas.

Tips tambahan: Jangan takut bayar zakat.

Sebab proses menjadi orang berharta nie memerlukan anda keluarkan sebahagian harta dan berikan kepada orang yang berhak.

Sebaliknya bergembiralah sekiranya anda menjadi pembayar zakat. Harta anda suci dan barakah.

Semoga emas anda beranak pinak tahun ini!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Harga emas menaik sejak jam 3.00 petang tadi.

Dalam masa 8 jam harga emas naik mencecah paras 1907.20 (naik 38.70 USD se Oz.

Apa sebabnya?

Jawapan: konflik antara Israel dan Hamas semakin tegang.

Sangat tegang.

Ini kerana tentera Israel telah meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memindahkan 1.1 juta rakyat Palestin yang tinggal di bahagian Utara Gaza dalam tempoh 24 jam.

Apa maksudnya?

Maksudnya tentera Israel ingin masuk menyerang tentera Hamas di kawasan tersebut. Ini adalah perang gais!

PBB telah memaklumkan bahawa pemindahan 1.1 juta rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam adalah mustahil untuk dilakukan. Ia akan menyebabkan krisis kemanusiaan terhadap pelarian Palestin.

Sekarang nie, ketegangan sangat tinggi, ketidaktentuan sangat tinggi.

Adakah tentera Israel akan masuk menyerang setelah tempoh 24 jam berakhir?

Jika ya, ia bermaksud satu peperangan akan berlaku. Ramai orang yang tidak bersalah akan menjadi korban.

Selepas itu, kita tidak tahu apakah respon daripada negara-negara Arab jika perang betul-betul meletus. Jika ya, maka emas, perak, minyak akan naik melambung.

Buat masa nie, saya memerhatikan situasi di Israel dan Gaza dengan penuh perhatian.

Sila share kepada rakan-rakan anda.

#NotaEmasSyukorHashim

https://www.facebook.com/620021355/posts/pfbid0G5aBuSscDaYfPmo7tFonrTq9J4c5ea7ikNodrvrGFS16vT2XB64AWs1tPgrePNJul/?mibextid=kK6hii
Hari ini saya menghadiri Malaysia Gold Conference di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur.

Conference ini dihadiri oleh delegasi dari player-player emas di seluruh pelusuk dunia.

Antaranya wakil daripada LBMA, Mr. Jeremy East, Senior Adviser of London Bullion Market Association,

Keynote speech oleh Mr. Sudheesh Nambiath
Precious Metals Department Manager of DMCC Authority (Dubai Multi Commodities Centre)

Mr. Ashok Kumar Gautam
Managing Director & CEO of India International Bullion Exchange IFSC Ltd. (IIBX)

dan ramai lagi player-player besar industri emas dunia hadir dari India, Thailand, Vietnam dan China.

Di conference ini, saya belajar satu perkara penting tentang pasaran emas dunia.

Untuk pengetahuan anda, nilai PURATA urusniaga jual beli emas di pasaran antarabangsa SETIAP HARI adalah USD132 billion (tengok gambar)

Datanya anda boleh lihat di sini πŸ‘‰ https://www.gold.org/goldhub/data/gold-trading-volumes

Mana-mana syarikat boleh membeli, menjual dan mencairkan bertan-tan emas dengan mudah di pasaran emas dunia.

Takdenya makan masa berbulan-bulan. Sebab gold market sangat cekap dan cair.

Berapa kos belajar ilmu ini?

RM500 ajer gais.

#NotaEmasSyukorHashim
28/2/24
Gais.

Ada saru fakta menarik untuk diperhatikan.

1. Nilai emas meningkat dalam jangka masa panjang. Anda beli dan simpan aja. Boleh nampak harganya akan meningkat.

2. Duit, jika hanya disimpan, kuasa beli semakin menurun. Kuasa beli duit 20 tahun yang lalu jauh lebih rendah berbanding kuasa beli duit sekarang.

Sebab itu, orang yang simpan emas, dia hanya perlu simpan elok-elok dan menikmati kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.

Orang yang simpan duit, dalam jangka masa panjang, dia akan rugi sebab nilai duit akan menyusut.

Orang yang simpan duit terpaksa cari jalan untuk melaburkan duitnya supaya ia boleh berkembang.

Namun seni melaburkan duit nie bukannya semua orang terrer. Kalau tersalah labur, duit lebur.

Sebab itu guru emas saya cakap β€œKalau ada duit, tapi tak tahu nak buat apa. Beli emas dan simpan elok-elok”

β€œKalau tak tahu nak buat apa dengan duit, tapi kau cuba-cuba untuk melabur maka risiko melebur sangat tinggi”

Sila tengok gambar. Untung emas nampak dalam jangka masa panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Salah satu kelemahan emas adalah;

Anda selalu berprasangka β€œemas nie mahal”

Maklumlah. Kalau anda tengok harga emas semasa, jarang sekali anda cakap emas nie murah, melainkan anda tengok balik harga emas lepas-lepas.

Waktu saya start simpan emas tahun 2008, harga emas masih di bawah RM100 segram.

Saya rasa mahal.

Lepas tu harga naik kepada RM100++ , saya cakap β€œalamak… harga emas dah naik lah… mahal”

Sekarang tahun 2024…

Hari ini 30/3/2024 harga emas 999.9 dah RM368 segram πŸ˜†

Sewaktu harga emas RM300 segram, ramai orang tarik nafas dan mengeluh… fuh! Dah cecah RM300 segram nie… bapak mahal harga emas 300 segram nie!

Sekarang… anda akan rasa RM300 segram tu sebenarnya murah giler 🀭

Gais..

Dari segi psikologi… anda memang rasa harga emas semasa nie mahal.

Tapi percayalah… lepas beli dan simpan emas.. lepas tu bila anda toleh ke belakang balik setelah beberapa tahun, maka anda rasa harga sewaktu anda beli tu murah banyak!

Saya dah kena! 🀭🀭

Siapa lagi yg terkena macam saya?

Komen sket

p/s: Kesimpulannya. Beli emas dan tunggu. bukan tunggu bila nak beli.

#NotaEmasSyukorHashim
Berita menarik daripada Astro Awani malam ini.

Apa ceritanya?

Ceritanya adalah Bank Pusat India telah membawa pulang 100 tan EMAS FIZIKAL milik mereka daripada Britain (Bank Of England).

Kebiasaannya, bank-bank pusat di seluruh dunia lebih suka menyimpan emas fizikal kat Bank Of England.

Sebab mudah berurusniaga beli, jual dan simpan.

Namun, kali ini mereka berpendapat. Lebih baik bawa balik dan simpan sendiri.

Moral of the story.

Kalau beli emas fizikal maka anda boleh simpan sendiri bila-bila masa. Anda boleh nampak emas fizikalnya.

Namun kalian kat Malaysia jangan tersalah memilih emas dan syarikat emas.

Takut nanti emas tak nampak, tak dapat dan kena sidai setengah tahun lepas jual.

Ia sedang berlaku kat Malaysia πŸ˜“.

Sebab syarikat terbabit beli emas kat Bunian Bank (sepatutnya Bullion Bank 🀭)

Habis customer mereka kena sidai.

Belajar dari kesilapan orang lebih mudah dan murah.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Isnin, 28/4/2025 jam 9 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Tarikh : 28/4/2025 (Isnin)
Masa : 9 malam.
Bayaran: Percuma
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan April 2025 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim