Public Gold by Missnina (Amanina Matali)
519 subscribers
1.01K photos
72 videos
29 files
529 links
Hai, di channel ni saya akan share
🌹Ilmu kewangan dan simpanan emas

https://wasap.my/60138434648/

Juga berkongsi di Youtube di https://bit.ly/3lhMgOL
Download Telegram
Selesai ambil emas 10gram dan 1 Dinar buat pelanggan saya di Sibu.

10 bulan menabung, ini hasil yang mereka tuai.

Untungnya walaupun harga emas menaik, mereka tetap bayar harga yang sama setiap bulan. Best kan?

Masa pelanggan saya beli 10gram tu, 1 bulan dia bayar RM220 saja.

Kalau yang ambil hari ini 1 bulan kena bayar RM280+-.

Untung ke best? @AmaninaMatali
1 Dinar yang rare! Public Gold dah tak keluarkan versi ini sebab kilang di Turki masih ditutup. Takpa. Kita masih ada local Dinar.
Pendapatan kita tak banyak, apa yang perlu kita buat?

▪️Cari pendapatan tambahan kedua. Cari masa hujung minggu atau waktu habis kerja. Saya pernah buat servis potong rumput setiap hujung minggu dan pendapatan saya bertambah 800-1000 setiap bulan. Sekarang lagi mudah, guna fon pun boleh buat duit. Jadi dropship atau sebagainya. Lebih mudah.

▪️Kurangkan kos hiburan kita. Potong line Astro atau apa sahaja yang memerlukan bayaran komitmen anda setiap bulan. Pilih channel tak berbayar. Itu dah cukup bagus.

▪️Guna satu fon sudah. Tak perlu bahagi-bahagi untuk office atau family. Guna satu sebaik mungkin. Komitmen kredit pun dapat kurang.

▪️Guna prepaid. Hentikan postpaid. Kalau prepaid habis, tunggu sampai hujung bulan. Baru tambah prepaidnya kawan. Kalau bimbang habis awal, sila guna dengan penuh jimat ye.

▪️Ambil medical card. Paling kurang. Untuk perlindungan diri. Apa-apa jadi, sekurang-kurangnya kita ada perlindungan. Musibah tak kenal siapa.

▪️Tangguh kehendak kita. Gunakan teknik 7 hari. Maksudnya, jika kita hendak beli satu barang, bagi masa selama 7 hari. Kebiasaannya masuk hari ketujuh, benda yang tak penting bagi kita automatik kita rasa tak perlu beli dah. Berjaya beb!

▪️Amalkan 2.5% daripada gaji untuk kita bersedekah. Paling adfhal kepada mak yah kita, isteri dan anak-anak. Sekali sekala boleh bawa mereka makan bersama. Ini pintu rezeki kita.

Semua langkah ini mungkin sesuai untuk saya. Tapi belum tahu untuk anda. Cuba dulu, baru tahu.


Credit nota: Tuan S M Salim Sharif

#NotaPoketEmas
#NotaPoketPendapatan
Harga dah menurun.. Siapa yang nak topup akaun GAP boleh whatsapp saya
Gais,
Esok malam saya akan buat FBlive (Jumaat 25/9/2020 jam 9.00 Malam) di FBpage Syukor Hashim & Jonaina Nordin
Saya akan berkongsi satu tajuk menarik iaitu:
"𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬"
Apakah peranan emas dalam kehidupan anda? Bagaimana emas boleh membantu anda?
Dapatkan jawapannya di dalam FBlive ini.
Juga, ada banyak promosi menanti anda. Antaranya Promosi belian emas, promosi menjadi dealer serta hadiah cabutan bertuah untuk FBlive bulan lepas.
Jumpa nanti!
Jika kita faham betapa pentingnya simpanan untuk masa depan, kita sesekali tidak akan bertangguh hari ini.

Jika kita tahu bahawa kita ada sakit untuk menyimpan, kita kena usaha mencari ubatnya.

Jika kita tahu kita sukar simpan dalam bentuk Rm, kita ubah dalam bentuk emas.

Jika kita tahu wang kertas akan terus menyusut kita pasti akan pilih aset kalis inflasi seperti emas.

Jika kita tahu sukar untuk simpan dengan kuantiti yang banyak, kita pastikan mula dengn yang sedikit.

Tahniah!
Saya baru nak belajar simpan emas, macam mana nak mula?

1) Buat belian emas pertama sebagai benchmark.

2) Mulakan dengan paling minima RM100 dengan akaun GAP.

3) Sebaik sedar kepentingan emas, usah tangguh mulakan secepat mungkin.

4) Mulakan sekarang. Bila bertangguh buat belian emas, belum tentu peluang datang lagi. Mula dulu, baru faham.
*7 CARA BUAT DUIT DENGAN EMAS PUBLIC GOLD*

Jika keuntungan tunai menjadi matlamat anda membeli emas, saya senaraikan 7 cara bagaimana anda boleh menjana keuntungan dengan produk emas yang paling disukai masa kini berjenama Public Gold.

1. Beli harga rendah, jual harga tinggi.

Dengan Public Gold, harga dikemaskini setiap 20 minit dan anda boleh pula mengunci (lock) harga pada setiap masa. Ini merupakan kelebihan yang tiada tolok bandingnya.

2. Beli harga GAP, jual harga runcit.

Hot item seperti gold bar 1 gram keluaran Public Gold menjadi rebutan ramai. Anda boleh menjana keuntungan sekitar RM25- RM50 sekeping.

Rumus: RM350 - (RM275 + premium) = *untung*

3. Beli harga GAP, jual di pasaran terbuka.

Ramai yang menggunakan platform online untuk menjual emas dengan pelbagai cara termasuk menggunakan kaedah bidaan.

Anda akan mempunyai banyak pilihan harga untuk menjual tetapi memerlukan sedikit kesabaran.

4. Beli harga GAP, jual bila pengeluaran sudah dihentikan.

Ada item emas yang dikeluarkan secara bermusim sempena perayaan dan sebagainya.

Apabila sudah habis musim, pengeluaran aka dihentikan oleh Public Gold. Ketika itu, dengan sekeping gold bar 1 gram anda boleh menjana keuntungan sekitar RM100 ke RM200 bergantung kepada design dan permintaan.

5. Beli sebagai dealer.

Sebagai dealer, anda akan menikmati insentif setiap kali belian dan jualan semula kepada Public Gold.

Nilai insentif pula bergantung kepada tahap dealer anda samada Normal Dealer, Priority Dealer atau Master Dealer.

Insentif bimbingan, kumpulan, kereta, pelancongan dan sebagainya juga ada disediakan kepada yang layak.

6. Insentif sebagai introducer.

Setiap pembeli emas Public Gold akan mempunyai introducer. Jika anda adalah inroducer dan pelanggan atau dealer dibawah anda membeli emas, akan ada juga bahagian insentif buat anda.

7. Beli emas sebagai penyelamat dari kebocoran tunai.

Ini selalu saya ulas. Jadi tidak perlu ulas panjang..
𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧: Saya tak pandai buat bisnes, juga tiada keberanian nak berhenti kerja sebab hutang masih banyak.

Apakah nasihat terbaik untuk saya?

𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧: Ada orang tidak berminat untuk berbisnes. Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang tidak berminat dengan bisnes adalah seperti; tak nak ambil risiko, takut rejection, pengalaman berjumpa orang bisnes yang mendesak, manipulasi dan berbohong dalam bisnes (pengalaman negatif) dan lain-lain faktor lagi.

Jadi, apakah jalan terbaik untuk orang seperti ini membina kekayaan?

Jawapannya: Anda perlu buat 2 perkara iaitu (1) Menyimpan duit dengan ekstrem dan (2) sentiasa melabur.

Menyimpan duit dengan ekstrem bermaksud anda tidak membeli benda-benda kehendak sebaliknya menyimpan duit tersebut. Anda beli benda benda keperluan sahaja.

Ini membolehkan anda mengumpul modal untuk tujuan ke-2 iaitu (melabur).

Melabur tu bermaksud meletakkan duit ditempat ia boleh berkembang/beranak pinak.

Contohnya. Melabur kat ABS dan tabung Haji, ASB, Unit Trust.

Atau anda boleh membeli aset seperti tanah, rumah, emas dan perak. Keuntungannya adalah daripada kenaikan harga aset tersebut. Nanum banyak aset memerlukan modal yang besar. Sebab itu anda perlu buat langkah (1) Menyimpan duit dengan ekstrem.

Atau anda boleh beli saham syarikat-syarikat yang bagus (kalau tak pandai buat bisnes, at least pandai melabur saham syarikat yang terrer buat bisnes.

Saya cuma bagi idea, namun jika anda nak mendalami ilmu pelaburan, carilah sifu yang betul dan establish.

Gais.
Menjana kekayaan dengan melabur biasanya mengambil masa yang panjang, sebab pelaburan yang betul akan ambil masa.

Lepas tu hati kena kental sekental-kentalnya.

Bayangkan anda berjaya menyimpan duit sebanyak RM100,000 ke atas.. tedia... macam-macam cabaran akan datang.

Ilmu menyimpan duit dengan ekstrem ini saya dapat dalam buku Chef Li (saya beli tahun 2016) bertajuk 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗼𝘀𝗼𝗻𝗴.

https://www.facebook.com/GaleriBukuDatoChefLi

Sekarang saya tak sure samada boleh beli lagi atau tidak buku ini kat sana.

Jadi untuk mereka yang makan gaji tapi teringin nak membina kekayaan, ini jalan yang ada untuk anda.

Jadi, itu sahaja nak share dengan gais semua :)

#NotaEmasSyukorHashim
Duit kertas tak sesuai untuk simpanan jangka panjang sebab ia tak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.

RM50 hari ini confirm tak mampu membeli barang yang sama 10 tahun akan datang sebab kuasa belinya confirm semakin susut.

Kalau nak simpan duit kertas, simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat atau simpanan untuk hal kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah.

Kalau menurut teori #1dinar1ekorkambing, apa yang mampu dibeli oleh 1 gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan emas yang sama 10 tahun akan datang.

Emas simpanan yang ideal untuk jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 - 3 tahun akan datang.

Kredit: En. Mohd Zulkifli Syafie
MOTIVASI

Cermin pandang belakang apa gunanya?

Kerap kali kegagalan masa lampau membuatkan kita sukar menapak ke hadapan. 

Memori kesilapan lalu sering berputar, menghentikan majunya langkah kita. 

Kita sering teringat kesilapan dan dosa lalu sehingga lupa Allah Maha Mengampuni dosa kita.


Apa kaitan kesilapan atau kegagalan lalu dengan cermin pandang belakang?

Cuba tengok cermin pandang belakang kereta.  Kenapa ia dicipta kecil sahaja? Sama ada cermin tengah atau sisi, saiznya kecil lebih kurang sahaja, bukan? Tengok pun sekejap-sekajap saja kan?

Cuba tengok cermin pandang depan, luas sekali. Nampak kereta dihadapan kita. Jalan raya juga jelas kelihatan.


Inilah perumpamaan yang saya nak kaitkan. Cermin pandang belakang tu, kita pandang sekejap-sekejap saja . Sekadar nak tahu jarak selamat selamat dengan kenderaan lain. Sekadar nak pastikan selamat bila tukar Lorong. Itulah masa lalu kita. Ia bukan untuk diratapi tapi hanya sebagai peringatan dan pengajaran. Kita tak perlu begitu lama merenungnya kerana ada destinasi di depan.


Cermin pandang depan pula luas dan kita boleh lihat jelas destinasi kita. Kita memandu sudah tentu pandang hadapan dan ia analogi yang sama untuk terus maju melangkah ke destinasi kita.

Jadi, dalam hidup ini, kita tak lari dari belenggu masa lampau, namun anggaplah ia sebagai peringatan. Melangkah terus maju kerana masih ada yang menantimu!


Inspirasi: Yasmin Mogahed
Jom kenal pasti berapa banyak kita patut ada? Tapi tak mengapa, mulakan dengan 1 gram terlebih dahulu
Bismillah.

#survival

Hidup ini jika gaji rendah terpaksa ikut 'survival mode'.

15 peratus kena ikat nafsu untuk kehidupan masa depan.

Si Hijau (R.M 5) Itu teknik kaut duit dari belanja harian.

Jika ada anak, ga.ji R.M 3 K tidak cukup (lembah klang dan kota besar) untuk hidup merdeka di tanah air sendiri.

Boleh dikongsi agar ianya menjadi pedoman asas untuk yang masih muda / belum ataupun baru berkahwin.

Kredit: Tuan Shamsudin Kadir
"𝙿𝚎𝚕𝚊𝚋𝚞𝚛𝚊𝚗 𝚊𝚍𝚊𝚕𝚊𝚑 𝚒𝚋𝚊𝚛𝚊𝚝 𝚖𝚎𝚗𝚞𝚗𝚐𝚐𝚞 𝚌𝚊𝚝 𝚜𝚎𝚍𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚎𝚛𝚒𝚗𝚐 𝚊𝚝𝚊𝚞 𝚖𝚎𝚕𝚒𝚑𝚊𝚝 𝚛𝚞𝚖𝚙𝚞𝚝 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚞𝚖𝚋𝚞𝚑. 𝙺𝚊𝚕𝚊𝚞 𝚊𝚗𝚍𝚊 𝚗𝚊𝚔 𝚛𝚊𝚜𝚊 𝚝𝚎𝚛𝚞𝚓𝚊, 𝚊𝚖𝚋𝚒𝚕 𝚍𝚞𝚒𝚝 𝚍𝚊𝚗 𝚙𝚎𝚛𝚐𝚒 𝚋𝚎𝚛𝚓𝚞𝚍𝚒"

- 𝙿𝚊𝚞𝚕 𝚂𝚊𝚖𝚞𝚎𝚕𝚜𝚘𝚗, 𝚙𝚊𝚔𝚊𝚛 𝚎𝚔𝚘𝚗𝚘𝚖𝚒 𝚄𝚂, 𝚙𝚎𝚖𝚎𝚗𝚊𝚗𝚐 𝙽𝚘𝚋𝚎𝚕 𝙼𝚎𝚖𝚘𝚛𝚒𝚊𝚕 𝙿𝚛𝚒𝚣𝚎 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚋𝚒𝚍𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚊𝚒𝚗𝚜 𝚎𝚔𝚘𝚗𝚘𝚖𝚒.

Gais,

Pakar ekonomi ini nak bagitau kita bahawa pelaburan itu memakan masa yang lama untuk melihat hasil dan ianya aktiviti yang membosankan.

Namun kalau nak dapat untung yang cepat, itu bukan pelaburan. Itu lebih kepada berjudi.

Pelaburan emas, sama seperti pelaburan-pelaburan yang lain seperti ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan hartanah sesuai untuk orang yang berfikir jangka masa panjang.

Sebab itu skim pelaburan emas bersifat untung cepat, untung segera tapi tak tahan lama. Ia macam berjudi.

Jika anda join, memang la ada kemungkinan untuk untung setiap bulan, tapi mereka boleh tipu dan lari.

p/s: Hari Ahad lepas saya berjumpa seorang doktor yang kerugian RM400,000 akibat melabur dengan skim cepat kaya Tok Belagak. Memang menyesal 😩

#NotaEmasSyukorHashim
Tips: 3 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli emas.

Gais, antara kesalahan newbie dalam pelaburan emas adalah "𝒃𝒆𝒍𝒊 𝒅𝒂𝒉𝒖𝒍𝒖 𝒇𝒊𝒌𝒊𝒓 𝒌𝒆𝒎𝒖𝒅𝒊𝒂𝒏"

Jadi saya nak berikan 3 tips yang penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli emas.

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔: 𝗞𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗶𝗻𝗶?

Gais, keuntungan daripada pelaburan emas adalah apabila anda menjual balik emas. Jadi anda perlu bertanya kepada penjual emas tersebut "Kat mana saya boleh jual balik emas ini nanti?"

Dalam kebanyakan kes, biasanya anda akan jual balik emas kepada syarikat penjual emas tersebut.

Contohnya, jika anda beli emas Public Gold maka anda boleh jual balik kat mana-mana branch Public Gold (atau jual kat dealer Public Gold berhampiran dengan anda).

Jika anda beli Kijang Emas daripada Maybank, maka anda akan jual balik kat cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas (bukan semua cawangan Maybank ye)

Kemudian, jika anda membuat pelaburan melalui akaun simpanan, tanya penjual emas tersebut tentang bagaimana proses penjualan semula.

Saya nak bagitau, ada syarikat yang menawarkan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas. Mereka menawarkan kemudahan untuk mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas ini.

NAMUN sekiranya anda mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas mereka, maka mereka TIDAK MENERIMA jualan emas fizikal. Mereka hanya menerima jualan balik gram emas dalam akaun sahaja.

hohoho.. jadi kalau anda tak tahu perkara ini, memang naya lah jawabnya.

𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔: 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗽𝗿𝗲𝗮𝗱 (𝘀𝘂𝘀𝘂𝘁𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶) 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗶𝗻𝗶?

Spread @ susutnilai adalah perbezaan diantara harga belian dan jualan emas.

Biasanya ia diukur dalam bentuk %. Sila lihat gambar. Saya letakkan gambar spread untuk emas Public Gold.

Biasanya semakin berat emas yang anda beli maka spreadnya makin kecil.

𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔: 𝗔𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁-𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂?

Contohnya: Adakah syarikat menerima balik emas tersebut sekiranya sijil ketulenan hilang? atau plastik laminate emas dibuka atau emas tersebut calar, goris atau bengkok? (kalau Public Gold, ya mereka terima balik, cuma ada extra cas ikut situasi)

Ada syarikat yang menolak untuk membeli balik emas sekiranya ada calar, goris dan bengkok. Contohnya Kijang Emas.

Alasannya ialan nanti Maybank tak boleh jual balik kepada pembeli baru jika emas tersebut calar, goris atau bengkok.

Kenapa emas boleh terbuka plastik? tercalar, goris dan bengkok?

Jawapannya, ia boleh berlaku semasa proses Ar-Rahnu. Sebab ada arrahnu yang meminta anda buka plastik laminate untuk mereka uji emas tersebut.

Semasa ujian densimeter (timbang berat dan timbang dalam air), mereka akan sepit emas tersebut dengan penyepit besi dan menggoncang emas tersebut di dalam air. Ia boleh mencalarkan emas anda (kalau emas 999.9)

Saya pun pernah kena gais 😤. Emas saya tercalar semasa ar-rahnu. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... calar hati ku 😜

Emas anda boleh kemek kalau terjatuh. Saya pun pernah kena gais. Perghhhhhhhhhhhhhh.. kemek hati ku 😛

Ok gais, sila share tips ini dengan rakan-rakan anda.

Semoga bermanfaat.

Kredit
fb SyukorHashim