Gold Saving by Cg Farizah
503 subscribers
2.17K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
“𝗦𝗮𝘆𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗜-𝗦𝗶𝗻𝗮𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗲𝗺𝗮𝘀”
.
Untuk kata-kata seperti ini,

Perkara pertama yang saya perlu lakukan ialah betulkan pemikiran anda sebelum mulakan simpanan emas.

Jika dari awal kita sudah didik diri kita menyimpan dengan menunggu duit banyak, percayalah simpanan kita itu tidak akan bertahan lama.

Nak menyimpan emas tidak perlu tunggu duit banyak pun. Apa yang kita perlu lakukan ialah simpan ja emas dan pasti duit kita akan banyak.

Nampak?

Beza kan dengan menunggu dan ambil tindakan?
.

Jika 1gram emas pun kita rasa berat untuk kita mula, adakah kita yakin seandainya duit kita “banyak-banyak” kita akan menyimpan emas “banyak-banyak” juga?

Menyimpan bukan soal duit banyak tetapi soal tabiat. Jika kita bina tabiat menyimpan dalam diri, duit sedikit pun kita akan simpan emas juga.

Dapat sesuatu?

Jadi tak payah tunggu duit i-sinar. Ada RM100 pun dah boleh buka akaun emas.

Mulakan dengan RM100. Kemudian disiplinkan diri untuk simpan 1 gram 1 bulan.

Ingat tu.

Nak mula? Jom saya bantu.

www.wasap.my/60177307520/DaftarAkaunEmas

#AkaunSimpananEmasRM100
VIRAL.! satu post berkenaan emas palsu. Luarnya emas, dalamnya logam lain.

Dan ada komen yang ambil kesempatan untuk sebarkan dakyah "sebab itu takut beli gold bar".

Kawan-kawan,

Emas palsu tidak semestinya gold bar.
Barang kemas pun ada yang palsu.

Jika anda takut ditipu jika gold bar (atau dinar) itu tak tulen, simpan lah jenama ini:

PUBLIC GOLD

Berat dan ketulenan emas sudah disahkan oleh Assayer bertauliah, En Abdul Shukor Anuar.

Beliau sahkan ketulenan banyak jenama dan produk emas di Malaysia ini.

Gambar disertakan adalah contoh gold bar yang dikerat.

Masih tak percaya?

Beli dan kerat sendiri. Hihi.
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.3937 gram
MYR 254 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 253 (18 February 2021)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 21 February 2021
EMAS : Nak Simpan Sampai Bila?

Bila kita simpan emas atau bercadang nak mulakan simpanan, kita tentu tertanya-tanya.

Nak simpan emas sampai bila?

Jadi, saya nak berikan tips.

1. Kita simpan emas sebagai tabung kecemasan keluarga sampai cukup nilai 3-6 bulan perbelanjaan.

2. Kita simpan sehingga cukup nilai untuk pergi umrah

3. Kita menabung untuk perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak ala-ala SSPN

4. Kita simpan emas sebagai dana persaraan. Emas banyak membantu kita nanti.

5. Kita simpan emas secara konsisten sehingga boleh tukar ia menjadi aset lain seperti rumah (ataupun sehingga cukup menjadi downpayment rumah) @ tanah tapak rumah.

Buat 4 perkara ini dengan tabungan emas (dan silver)

Emas adalah aset.

Bila jual emas dan beli rumah, maka ibarat aset bertukar menjadi aset.

Ini dibuat oleh guru emas saya Tuan Syukor Hashim. Beliau mampu membina sebuah rumah yang dijadikan Homestay secara TUNAI selepas mencairkan aset emasnya.

Jadi, jom simpan emas sekarang. Hari ini 1gram = RM 254 segram. Nak bermula dengan RM 100 pun boleh.

Boleh klik link ni www.wasap.my/60177307520/BerminatSimpanEmas.

Saya bantu sebaiknya.
Malam semalam dalam pertemuan dealer-dealer bersama Tuan Syukor Hashim, ada pengumuman yang dibuat.

Bermula minggu depan, ada tambahan item dalam GIT Withdrawal. Iaitu:

- 5 Dinar, dan
- 20g BungaMas

Bermaksud lepas ini kita boleh withdraw 5 Dinar dan 20g BungaMas terus dari akaun emas kita.

Dan akan ada juga promosi caj penghantaran hanya RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM15 untuk Sabah Sarawak.

Super jimat!

Kalau tak, sebelum ini saya GIT 1 Dinar je dah RM18. Tapi yang ini hanya RM10 je gais.

Dan lagi satu, bermula bulan Mac, Public Gold akan ada call centre. So lepas ini proses Public Gold akan lebih lancar dan mudah.

Public Gold dalam proses perbaiki kekurangan dan tambah baik kualiti perkhidmatan. Terima kasih kepada anda yang sentiasa support dan percaya pada Public Gold.

🙏🏼

#terimakasih
“If you don't own Gold, you know neither history nor economics.”
-Ray Dalio

Maksudnya kalau anda tak simpan emas , anda tak tahu Tentang Ekonomi , dan Sejarah Matawang.

Dulu saya ingat emas hanya perhiasan.

Sampai lah saya study tentang sejarah dan ekonomi , rupanya emas lebih daripada itu .

Zaman Rasulullah 1400 tahun yang Lalu.
1 Dinar boleh beli Seekor Kambing

Hari ni tahun 2020
1 Dinar Masih boleh Beli Seekor Kambing

Price Is Nothing ,
Value Is Everything

#Fakta
“Saya tengok harga emas turun. Dimana untungnya simpan emas?”.

Ini antara soalan yang ditanyakan kepada saya.

Sebenarnya dalam dunia emas, teknik & formula itu hanya pilihan untuk kita. Ianya bukanlah wajib. Ada perkara yang lebih mustahak yang perlu kita belajar dan ambil tahu iaitu betulkan cara kita berfikir tentang emas.

Bila kita simpan emas, perkara atau perkataan “untung” pasti akan bermain-main dalam fikiran kita. Itu adalah normal.

Sebenarnya kelebihan emas bukan hanya untung ketika harga emas naik tetapi untung emas ketika harga emas turun juga.

1️⃣ Ketika harga emas turun, kita sepatutnya ambil peluang untuk tambah GRAM bukan berhenti menyimpan emas. Bukankah harga emas turun juga rezeki buat kita?

2️⃣ Ketika harga emas turun, ramai yang mula celik emas. Bukanlah bermaksud kita perlu tunggu harga emas turun, tetapi jika kita masih belum sedar, rugilah kita.

3️⃣ Nilai emas tidak akan menjadi zero (kosong). Harga emas turun berapa pun, ianya masih ada nilai. Emas bukan kertas.

3️⃣ Ini paling menarik tentang emas iaitu walaupun harga emas turun, berat emas itu masih sama dan tidak berubah. Jika kita telah menyimpan SEKILO emas, ianya masih tetap akan menjadi SEKILO walaupun harga emas turun. Kenapa? Salah satu kelebihan emas ialah ianya bersandarkan GRAM.

5️⃣ Walaupun harga emas turun, sabarlah dan teruskan menyimpan. Emas sesuai untuk jangkamasa yang panjang.

SEKILO emas Tahun 90an = RM30K
SEKILO emas Tahun 2021 = RM250K
Beza RM220K.

Masih takut simpan emas?

Jangan takut simpan emas tetapi takutlah seandainya kita belum ada simpanan emas.

Hubungi saya untuk bermula:
www.wasap.my/60177307520
SIMPAN SEKARANG UNTUK MASA DEPAN ANAK-ANAK ANDA

Setiap ibu bapa sudah tentu mahu anak kita mendapat pelajaran yang secukupnya. Jika boleh, kita mahu anak kita lulus universiti dan mendapat degree dalam bidang yang boleh menolong mereka membina kehidupan yang lebih baik.

Malangnya, kos membiayai pelajaran di kolej dan universiti adalah tinggi. Sewaktu Ibu bapa di universiti dulu tahun,kos pengajian untuk kita belajar juga tinggi. Apatah lagi hari ini.

Realitinya kita terpaksa membuat pinjaman untuk pendidikan kerana pendapatan kebanyakan kita tidak boleh menampung kos pelajaran tersebut jika kita tidak menyimpan untuknya lebih awal.

Apa yang kita perlu buat adalah menyimpan untuk membiayai kos pelajaran ini secepat dan seawal mungkin. Malah, lebih awal dan lebih cepat, lebih bagus.

Satu cara yang simple tetapi efektif untuk membuat simpanan ini adalah dengan membuat pelaburan emas di Public Gold. Buka akaun Junior GAP khusus untuk setiap orang anak, dan kemudian buat pindahan wang setiap bulan ke dalam akaun tersebut.

Simpanan ini bukan sahaja untuk pendidikan anak-anak, malah simpanan ini juga boleh di gunakan untuk perkahwinan atau mendapatkan aset lain dengan simpanan emas yang ada. Aset bertukar aset.

Insya Allah, wang simpanan ini akan cukup untuk membiayai kos pelajaran dan sebagai simpanan masa depan mereka bila masanya tiba nanti.

*Pendaftaran Joint Account GAP*

Nama Anak:
No Mykid:
Email Anak:

Nama Penjaga:
No IC:
No HP:

Jom mulakan!
www.wasap.my/60177307520
𝗦𝗣𝗥𝗘𝗔𝗗 (𝗦𝗨𝗦𝗨𝗧 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜)

Spread tu apa?

Bahasa mudahnya ialah 𝗯𝗲𝘇𝗮 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶.

Dalam website Public Gold, boleh tengok harga PG SELL dan PG BUY. Perbezaan antara kedua harga ni adalah spread (susut nilai).

Emas Public Gold, susut nilainya cuma 6-9% sahaja. Berbanding emas perhiasan, susut nilai 20% dan ke atas. Malah ada juga yang sampai 40%. Jadi, kalau mau jual balik emas perhiasan kena rajin2 survey kedai yang tawarkan spread paling rendah.

Tapi kalau kamu beli emas Public Gold ni, mau jual senang saja. Jual balik dengan Public Gold. Makin besar item, makin rendah spread.

Jadi, mau mula simpan aset emas sebagai simpanan dan pelaburan, belilah emas Public Gold.

Mau simpan emas sikit2, bukalah akaun simpanan emas. Mulakan dengan belian emas RM100. Mudah!

Berminat, klik saja link di bawah. Saya bantu daftar secara percuma.

www.wasap.my/60177307520/NakBukaAkaunEmas

P/S : Berapa banyak nak untung bergantung kepada anda. Kalau anda sabar dan sabar lagi, maka banyaklah untung. Tapi kalau dah rasa menyampah tengok emas tu, tak naik-naik, jual ja lah. Jual sama saya 😄
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.3937 gram
MYR 254 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 253 (18 February 2021)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 22 February 2021
SEKARANG MASA UNTUK EMAS
Bukan Masa Untuk Tunggu

Zaman kini adalah zaman dimana masa untuk emas. Kita boleh lihat sendiri nilai matawang terus merosot tanpa menunggu kita.

Keruntuhan matawang boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sekelip mata saja. Contoh dah banyak kita lihat seperti negara Zimbabwe, Greece, Iraq, dll.

Matawang boleh runtuh disebabkan banyak faktor, antaranya peperangan, ekonomi sesebuah negara tidak stabil, politik sesebuah negara kucar kacir, atau sebagainya.

Jadi tindakan yang sepatutnya kita lakukan sekarang adalah sediakan "pertahanan" ekonomi keluarga. Jangan hanya sekadar merenung nasib yang tak sudah semata-mata.

"Backup" kan ekonomi keluarga kita dengan sesuatu yang boleh digunakan apabila berlakunya keruntuhan matawang.

Emas boleh dijadikan perisai yang kukuh bagi mengatasi masalah keruntuhan matawang kerana ia tetap akan dipandang bernilai sepanjang zaman.

Biar berdikit-dikit, lama-lama membukit simpanan emas. Mulalah dari sekarang jangan nanti " sudah terhantuk, baru tergadah"
ISNIN YANG HEBAT 🤩

Harga Emas 22.2.2021 = RM254
(Gold Bar & Dinar 999.9)

🎁 Nak mula simpan emas? Lekas klik sini:
👉🏻 www.wasap.my/60177307520/sayanakmulasimpanemas

💍 Nak dapatkan barang kemas 916 murah, cantik dan berkualiti? Lekas klik sini:
👉🏻https://bit.ly/3dB3ab8
Selain dari menyimpan duit tunai, sekarang elok juga untuk tambah satu lagi simpanan dalam bentuk logam mulia, emas. Sebab untuk jangka masa panjang, harga emas akan meningkat naik.

Sekarang ramai yang nampak dan faham 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂 ni yang mendorong ramai dari kita untuk mula menyimpan emas juga.

Tapi selain dari faktor harga, ada lagi ke 𝒇𝒂𝒌𝒕𝒐𝒓 𝒍𝒂𝒊𝒏 yang kenapa emas ni sesuai jadi simpanan?

Jawapannya haruslah ada kan?

1.𝑷𝒆𝒍𝒊𝒏𝒅𝒖𝒏𝒈 𝑵𝒊𝒍𝒂𝒊

Untuk jangka masa panjang, simpanan emas adalah satu cara simpanan yang kalis inflasi iaitu ia mempunyai nilai yang stabil dan dia mampu mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa panjang.

Tapi apa tu inflasi? Selama ni yang kita asyik bandingkan kuih karipap dulu 10 sen dan sekarang dah naik jadi 50 sen, peningkatan harga barang dan perkhidmatan ni la kita panggil inflasi.

Kita nampak yang purchase power kita makin menurun, jadi satu langkah nak kekalkan nilai duit yang kita ada, haruslah kita backup simpanan kita dengan sesuatu yang kalis inflasi.

2. 𝑴𝒖𝒅𝒂𝒉 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑫𝒊𝒄𝒂𝒊𝒓𝒌𝒂𝒏

Bila kita simpan emas ni, kita kena faham dan tahu apa matlamat kita menyimpan emas ni. Dan bila dah sampai matlamat menyimpan, emas di tangan tu senang dicairkan untuk terus dapatkan tunai.

Jual sahaja emas tu kepada peminat emas yang lain, kedai emas atau mungkin juga Ar-Rahnu. Terus dapat cash untuk guna bagi capai matlamat.

3. 𝑨𝒔𝒆𝒕 𝑴𝒂𝒎𝒑𝒖 𝑴𝒊𝒍𝒊𝒌

Satu mudah dan lebihnya emas ni, dia satu aset yang mampu milik. Kita boleh nak miliki emas dengan berat minima 1g atau kumpul juga gram sedikit demi sedikit dengan serendah RM100. Mudah.

4. 𝑨𝒔𝒆𝒕 𝑴𝒖𝒅𝒂𝒉 𝑨𝒍𝒊𝒉

Satu dari lagi sebab kenapa emas ni sesuai dijadikan sebagai simpanan sebab sifat emas ni sebagai satu aset yang mudah alih berbanding aset lain. Bandingkan dengan aset lain seperti hartanah, emas ni kita boleh bawak kemana sahaja yang kita rasa perlu.

Lihat pelarian Vietnam dahulu, melarikan diri dari Vietnam berbekalkan emas sahaja. Tinggalkan, rumah, tanah dan ternakan di Vietnam.

5. 𝑬𝒎𝒂𝒔 𝑺𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝑷𝒆𝒎𝒖𝒔𝒊𝒏𝒈 𝑴𝒐𝒅𝒂𝒍

Untuk yang meniaga, ada simpanan emas sangat membantu sebenarnya. Bayangkan jika perlukan modal tunai di tangan on the spot, mudah je.

Bawak simpanan emas ke Ar-Rahnu dan letakkan sebagai cagaran untuk dapatkan pinjaman tunai dan selesai sahaja urusan perniagaan, untung perniagaan tu guna untuk tebus balik emas di Ar-Rahnu.

Business pun tak terkacau, emas pun still ada dengan kita.

6. 𝑬𝒍𝒂𝒌 𝑲𝒆𝒃𝒐𝒄𝒐𝒓𝒂𝒏 𝑾𝒂𝒏𝒈

Apa perbezaan yang nyata bila simpan emas dan duit secara psikologi? Simpan emas ni dia akan dorong kita untuk simpan lagi banyak emas. Tapi lain pula dengan duit, ada duit di tangan kita lagi semangat nak berbelanja.

Sebab tu simpanan emas mampu bertahan lebih lama dari simpan duit di tangan. Tak terasa sangat untuk berbelanja pada sesuatu yang tak perlu.

Cuba lah simpan emas kalau nak rasa.

Ini la enam faktor dari banyak lagi kenapa sekarang ramai yang mula menyimpan emas fizikal sebagai alternatif simpanan tunai.

Dan bila menyimpan emas, kita bukan membeli emas, tapi kita tukarkan duit di tangan kepada emas. Tak terasa terbeban.

𝑵𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒊𝒎𝒑𝒂𝒏 𝒆𝒎𝒂𝒔 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈?

𝑱𝒐𝒎?

Boleh klik link ni www.wasap.my/60177307520/NakSimpanEmas. Saya bantu sebaiknya.
Pagi ini , saya ingat nak kongsi sikit 2 tips yang mentor saya pernah bagi untuk mengelak dari boros.

Mentor saya pesan , boros bahasa kasarnya membazir, dan syaitan suka orang membazir-bazir.

Tips-tips ini adalah untuk kita kurangkan risiko supaya tak terjabak dalam amalan membazir:

1. Simpan dahulu sebelum belanja

Kita kena “curi” dulu duit kita sebelum “dicuri” oleh promosi-promosi mega sale di Lazada dan sebagainya.

Caranya bila dapat saja gaji, terus kita potong buat simpanan. Banyak cara yang kita boleh buat :

🔑 Kita boleh buat tabung hijau, merah. Nampak saja note 5 ringgit/ 10 ringgit dalam dompet , ambil dan simpan terus di tabung yang tak boleh kita keluarkan.

🔑 Kita boleh buat potongan debit terus ke akaun TH/ASB kita. Ini pun mudah jugak.

Contohnya gaji masuk 25 hb , terus kita set up “Standing Instruction, SI” ke akaun TH/ASB kita pada 26 hb. Sekarang dunia online mudah saja, cuma tak nak saja.

🔑 Bagi yang ada akaun emas pun boleh buat perkara yang sama , set up terus “SI” ke akaun emas kita.

Andai kita masukkan RM 100 , dalam akaun dah akan ada dalam 0.5g. Cukup setahun , dah boleh kumpul 6g.

2. Makan dahulu sampai kenyang sebelum membeli belah.

Awal-awal dengar tips ni , rasa macam kelakar pun ada. Tapi cara ini sebenarnya betul-betul berkesan.

Bila perut kita lapar , kita mudah untuk terpengaruh. Hendak beli itu , hendak makan ini , baju di sana itu belum ada lagi dan sebagainya.

Jadi kalau perut dah kenyang , hati kita senang , jiwa kita tenang.

3. Buat list barang keperluan sebelum pergi shopping supaya kita jelas apa yang kita nak beli. Baru lah boleh maintain bajet bulanan. Bezakan antara keperluan dan kehendak.

4. Hadkan masa untuk window shopping sebab ada pepatah mengatakan , “Sikit-sikit window shopping , lama-lama terbeli jua”.

Huhu

Jadi , kalau tuan-puan rasa pesan mentor saya bermanfaat, sila lah kongsikan dengan orang lain jugak.

Saya pun baru nak mula amalkan tips yang dia kongsikan. Pesan dia ilmu tanpa amal , adalah perkara yang sia-sia.