Gold Saving by Cg Farizah
488 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
📍📍CERITA EMAS

Nak cantik?

Sanggup membeli produk kecantikan ratusan ringgit..

Nak kurus?

Sanggup membeli ubat/produk kurus setiap bulan..

Nak makan sedap?

Sanggup berbelanja besar di restoran/hotel mewah..

Nak nampak bergaya?

Sanggup mengeluarkan ratusan ringgit untuk pakaian berjenama..

Tetapi...

Nak simpan emas?

🙊 Tunggu dulu..
🙊 Harga emas masih mahal..

🙊 Tunggu dulu..
🙊 Esok lusa harga mesti turun..

🙊 Tunggu dulu..
🙊 Duit masih belum mencukupi..

🙊 Tunggu..

🙊 Tunggu dan terus menunggu..

Begitulah kita, susah hendak menyimpan lebih-lebih lagi dalam bentuk emas.

Semua ini disebabkan tiada matlamat. Sempena tahun baru letakkan satu matlamat dan berazam untuk mencapai matlamat tersebut dengan menyimpan emas.

Antara matlamat yang selalu diketengahkan oleh pakar kewangan :

1)Dana kecemasan
2)Menutup kebocoran kewangan.
3)Modal pusingan bisnes.
4)Dana pendidikan.
5)Dana haji/umrah.
6)Deposit rumah.
7)Dana 3/6 bulan gaji.
8)Simpanan persaraan.
9)Melangsaikan hutang.
10)Pelaburan jangka masa panjang.

Jom saya bimbing anda mulakan simpaman emas dengan harga MAMPU MILIK dan MAMPU BAYAR :

Buka acc GAP dengan simpanan RM 100 bulanan.

Buat 10 x ansuran @ SEPP :

- RM 264 10 bulan = 10 gram
- RM 224 10 bulan = 2 dinar

* 1 dinar = 4.25 g

* 10.01.2021

☎️☎️ www.wasap.my/60177307520/PublicGold100EPP

#CikguFarizah
#PG00266996
Harga emas tidak naik straight line.

Sebab kalau dia naik straight line, orang akan panik
(mana orang tahan tengok kalau naik.. naik... naik ajer)

Jadi, dalam trend harga menaik, akan wujud aktiviti pengambilan untung yang akan menurunkan harga emas.

Juga ada news-news positif yang akan menurunkan harga emas.


Long term naik, short term ada penurunan.

Setiap penurunan adalah “buying opportunity”. Peluang untuk beli emas fizikal apabila harga emas dunia jatuh.

Contoh termasyur adalah kejatuhan pada bulan Mac 2020 (panik yang memuncak daripada wabak covid-19).

Market sell-off (jualan panik) berlaku. Emas dan perak turut jatuh. Namun selepas situasi reda maka emas dan perak meneruskan kenaikan harga.

Bagi mereka yang melabur emas FIZIKAL untuk jangka masa panjang, anda tidak akan terkesan dengan naik turun harga dalam jangka masa pendek.

Orang yang terjejas teruk dengan price swing ini adalah mereka yang trade produk emas yang berisiko tinggi seperti opsyen, futures dan spot gold.

Produk seperti ini boleh menyebabkan modal hangus 100%

Ingat tips ini!

Tambahkan gram bila harga jatuh dan invest untuk jangka masa panjang.

Anda akan menang dengan emas 🥳

Ouh btw hari ini harga emas turun lagi RM1 ya.

Daripada RM 265 ke RM 264 segram.

Elok benar kalau nak mulakan atau tambah gram.

Klik sini ya, saya boleh bantu.

https://wa.me/60177307520
Rahsia pelabur emas berjaya adalah konsisten.

Yakni harga emas naik ke...
Harga turun ke...

Anda konsisten beli.
Terus jalan ke hadapan

Namun, ikut pengalaman saya, nak konsisten ini paling susah 😬

Jadi, untuk menyemai sikap konsisten. Anda kena ingat jangka masa panjang.

Kaitkan simpan emas dengan pendidikan universiti anak

Atau nak pergi menunaikan haji.

Atau dana nak beli tanah.

InsyaAllah anda boleh konsisten.

#NotaEmasSyukorHashim
W E A L T H P R O T E C T I O N

Di hujung minggu ini saya nak cerita bab emas secara santai dan mudah nak faham, bila dah faham senang untuk buat tindakan. Emas ada banyak fungsi dalam kehidupan kita, salah satunya adalah sebagai pelindung kepada kekayaan kita.

Saya nak kongsikan 2 fungsi emas sebagai pelindung kekayaan;

1. Kita simpan emas untuk bersedia menghadapi waktu kecemasan yang kita tak tahu bila ianya akan berlaku, emas akan sentiasa bersedia untuk dijadikan duit tunai dengan cara jual atau gadai.

2. Kita juga simpan emas untuk lindungi nilai duit kita dari inflasi dan kejatuhan ekonomi kita; seperti mana yang kita tahu bila ekonomi jatuh harga barang akan melambung naik.

Emas akan menstabilkan kenaikan harga emas dengan baik, bila harga barang naik harga emas pun turut naik. Bila dua-dua harga naik, kuasa beli penyimpan emas takkan berkurang.

Emas adalah pelindung kepada harta kekayaan kita yang sebenar, jika harta kita bernilai RM500 ribu pastikan 10% (RM50 ribu) dalam bentuk emas.

Banyak mana emas bernilai RM50 ribu? Lebih kurang 190 gram sahaja, kalau setiap kali simpan 10 gram hanya perlu simpan 19 kali sahaja. Tak mustahil kan?

Saya bagi pecahan kira-kira untuk harta bernilai RM500 ribu; rumah RM300k, ASB RM100k, kereta RM50k dan duit simpanan di Tabung Haji RM50k. Ini adalah kiraan asas belum termasuk rumah sewa atau aset pelaburan yang lain.

Alihkan cuma sebahagian harta ke dalam bentuk emas sebagai backup sebelum berlakunya apa-apa musibah kepada kewangan keluarga dan negara kita. Kita tak mampu untuk ubah kewangan negara tapi kita mampu untuk ubah kewangan keluarga kita.

Saya bagi analogi mudah untuk faham; kita pakai face mask di waktu sihat untuk melindungi kesihatan kita. Tiada guna pakai face mask banyak-banyak kalau kita dah jatuh sakit. Kita pakai alat bantuan pernafasan bila dah sakit. Adehhh!

Walaupun face mask cuma berharga RM1, ianya mampu menjaga kesihatan kita dengan baik dan mengelakkan kita habis duit yang banyak bayar bil hospital jika kita sakit.

Sama juga dengan situasi kita simpan emas, kita simpan emas di waktu kewangan kita sihat. Waktu berduit adalah waktu paling sesuai untuk kita simpan emas, simpan emas selagi boleh ikut poket kita sendiri.

“Emas adalah harta di waktu senang, duit di waktu sesak”

Kesimpulannya penyimpan emas mempunyai ‘insurans’ kewangan jika berlaku apa-apa musibah kepada ekonomi. Hidup penyimpan emas yang ada simpan beratus gram lebih tenang dan berkualiti. Insyaallah.

Kredit : Sadiqin Sulong
GAP apa itu GAP

1. Apa itu GAP?
Gold Accumulation Program. Gold saving account. Program khusus dari Public Gold untuk membolehkan lebih ramai lagi dapat menyimpan emas dengan modal yang rendah.

2. Simpan banyak mana?
Ikut kemampuan kita nak menabung. Paling sikit RM100. Nak simpan lebih lagi bagus lagi cepat boleh keluarkan emas.

3. Dapat emas apa nanti?
Emas jongkong. Dinar pun ada. Ketulenan dia 999.9. Nak yang LBMA boleh, local minted pun boleh.

4. Bila boleh ambil?
Anytime, asalkan kita ready nak simpan dan dila bila stok dah ready. Asal baki lepas keluarkan emas tu masih ada 1gram untuk akaun kekal aktif. Keluarkan semua pun boleh tapi nanti kena buat belian RM100 balik untuk aktfikan akaun GAP.

5. Ambil di mana?
Dimana-mana branch Public Gold. Dari utara sampai selatan. Dari Singapura hingga Jakarta. 20 branch semuanya.

6. Kalau tak nak ambil boleh ke?
Boleh. Peram je macam pekasam. Free no charge, tak ada upah simpan. Tapi saya lagi suka jika emas tu kita pegang di tangan, dari biarkan dalam sistem.

7. Nak jual balik macam mana?
Bawak je emas pergi branch. Jual dan tunggu duit masuk bank. Nak jual online pun boleh kalau emas masih dalam akaun.

8. Jual ada tolak apa apa ke?
Ada. Spread 9% paling tinggi. Lagi berat lagi rendah. Kedai emas biasanya lebih lagi dari tu.

9. Susah ke nak gadai?
Kebanyakan Ar-Rahnu terima nak gadai. Cuma lain syarikat lain SOP, haaa tu kena check dulu. Kecuali Yapeim, Yapeim terima goldbar keluaran dia je untuk gadai.

10. Tak simpan tiap tiap bulan takpe ke?
Boleh je. Bukan boleh paksa. Ini bukan satu bentuk komitmen, tapi kalau faham keperluan menyimpan emas, mesti tiap-tiap bulan nak menambah.

11. Tak jadi apa ke simpan dalam akaun?
Insuran ada dari Lonpac. 15juta dan makin meningkat bergantung pada simpanan. Kalau rasa tak boleh tidur malam, ambil je simpan bawah bantal.

12. Patuh Syariah ke?
Aah patuh syariah ni, ada sijil patuh syariah dari Amanie Advisors Sdn Bhd. Check la chairman dia siapa, bukan calang-calang ni.

13. Ada upah simpan ke?
Untuk akaun GAP tak ada langsung upah simpan emas dalam akaun tu. Caj pentadbiran apa semua pun tak ada.

14. Nak keluarkan emas nanti, kena bayar apa-apa tak?
Ada. Kena bayar Gold Premium (serendah RM10 sehingga RM200 bergantung kepada barang). Gold premium ni sebenarnya caj yang PG letak nak cover kos untuk emas tu sampai dari kilang ke customer.

Sekian tip ringkas bab akaun akumulasi emas Public Gold, akaun GAP.
KENAIKAN HARGA EMAS

Saya selalu pesan, jangan tengok emas macam kita tengok unit trust, fixed deposit, ASB atau tabung haji kerana emas adalah pelaburan yang bersandarkan aset selainnya hanya bersandarkan nombor dan kertas saja.

Tapi mentaliti kita sejak sekian lama dijajah oleh fahaman bahawa pulangan RM itu akan mengkayakan kita.

Ciput pun kita tak kisah asalkan dapat duit.

Rata-rata pulangan dari pelaburan bersandarkan duit kita pada tahun 2020 adalah di bawah 10%.

Ditolak dengan pertambahan kadar inflasi, kenaikan harga barangan keperluan harian dan minyak, cukai di sana-sini dan sebagainya, maka tinggallah duit kita telanjang bulat!

Emas?

Jika anda nak tahu kenaikan harga emas pada 1/1/2020 dan 1/1/2021 (setahun), sila tengok gambar.

Nak senang kira, ambil harga GAP sebagai ukuran.

1/1/2020 RM215 segram
1/1/2021 RM272 segram

Kenaikan 26.51%
Boleh tahan juga kan?

Adakah ini bermaksud invest emas setahun dah cukup? Dah boleh jual?

No...no...no...

Tipsnya:

Paling kurang anda pegang emas selama 3 tahun.
Paling selamat pegang emas 5 tahun ke atas.

Paling bagus, pegang terus. Bila nak gi Mekah ke, anak nak masuk U ke, baru jual.

Semakin lama anda boleh pegang, semakin bagus.

Mat salleh cakap “the longer you can hold, the better” cewah.. speaking london 🤣

Anda nilai sendiri berapa peratus kenaikannya pada tahun lepas. Ia jauh lebih baik dari mana-mana pelaburan bukan saja tahun lepas tapi sejak zaman berzaman.

Obses sangat dengan nombor, maka saya tunjuk nombor. Selamat menjamu mata.

Kredit : Khaja Nazimudeen
Best kan simpan emas ni. Sebab tu ramai yang beli emas, kemudian simpan untuk satu jangka masa panjang.

Bila harga emas sudah meningkat, di sana sudah dapat lebihan duit bila nak jual balik emas tu.

Maka, bolehlah settle loan atau beli tanah. Atau apa2 yang anda target.

Simpanan untuk pendidikan anak2 nanti pun boleh.

Beli emas masa anak2 masih kecil, 20 tahun kemudian cuba tengok berapa banyak beza harga.

Masa tu, mesti cakap ' syukur ada beli dan simpan emas'.

Mungkin harga emas hari ini RM264 segram, 20 tahun kemudian jadi RM500-RM600 segram.

Hari ini siapa nak buka akaun emas, saya boleh bantu.

Akaun GAP Public Gold, minimum belian emas RM100 sahaja, sudah ada akaun. Boleh topup beli emas bila2 masa.

Bermula dari RM100, boleh kumpul sampai dapat 1 gram..

Bermula dari 1gram, boleh kumpul sampai 10g..

Dari 10g, boleh kumpul lagi sampai 100g..

250g..500g..1kg emas.

Jadikan simpanan emas ini sebagai aset.

Aset yang semestinya sangat bernilai.

Hubungi saya untuk bimbingan :
http://www.wasap.my/60177307520/NakTahuPasalSimpananEmas

Ketahui lebih banyak info di channel telegram :
https://t.me/AkaunSimpananEmasPublicGold
Nak jual emas? Boleh jual dengan Public Gold juga ya 😄