Gold Saving by Cg Farizah
489 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.03K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
SIMPAN EMAS UNTUK APA?

Apabila ada emas,kita boleh pusing kekayaan kita sendiri. Bagi orang berniaga, emas tersebut boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan duit untuk ‘rolling’, pajak sahaja emas itu di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman.

Apabila selesai urus niaga, tebus semula emas itu. Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tidak akan bocor.

Konsep ini terpakai untuk semua orang sebenarnya.

Ada orang jadikan emas sebagai modal pusingan bisnes.

Ada orang jadikan emas sebagai modal belian hartanah, renovate rumah dan lain-lain.

Ada orang jadikan emas sebagai salah satu cara bayar loan @ lunaskan hutang pinjaman dengan cepat.

Ada orang jadikan emas sebagai kegunaan waktu kecemasan yang memerlukan duit.

Ada orang jadikan emas ini sebagai dana pendidikan anak-anak, sebagai dana persaraan.

Sebab apa?

Sebab emas ini sangat bernilai. Walaupun hanya 1 gram. Sebab itu, saya nak ajak anda simpan emas sekurang-kurangnya 1 gram 1 bulan. Ada duit lebih, simpan gram emas lebih sikit.

Ada orang tak mampu simpan 1 gram, tapi dia usahakan simpan RM100 1 bulan. Paksa diri. Disiplinkan diri.

Di sinilah akaun simpanan emas GAP yang ditawarkan oleh Public Gold dapat membantu anda. Minimum RM100 untuk beli dan simpan emas. Semua orang ada peluang yang sama untuk simpan emas. Percuma. Mahu atau tidak sahaja.

Sekarang atau kemudian?

www.wasap.my/60177307520/NakMulaMenabungEmas
Tahun 2018 nilai ditangan ini sekitar RM88Ribu

Tahun 2021 nilai ditangan sekitar RM130Ribu.

Perbezaan sekitar RM42Ribu.

Anehnya sehingga hari ini masih ramai yang berkira-kira & bertangguh untuk mulakan simpanan emas. 😊

Seketul bata adalah permulaan untuk sebuah rumah.

Segram adalah permulaan untuk capai Sekilo..

Moga bermanfaat ya🥳
Aplikasi PG Group

Ada 2 aplikasi yang pelanggan Public Gold kena ada.

1. Aplikasi GSAP
Ini adalah aplikasi untuk buat pembelian akaun emas atau perak. Pembelian boleh buat minima RM100, ia akan ditukar kepada gram emas atau perak 100%. Selain pembelian, akaun GSAP ini juga ada fungsi jual, arrahnu dan buat permohonan Gold In Transit penebusan emas fizikal (goldbar atau dinar).

Klik link ini untuk install
Android https://bit.ly/37xxm0d

ioS https://apps.apple.com/my/app/gap-pggroup/id1494821457

2. Aplikasi PG Mall
Platform e-commerce tempatan yang pertama di Malaysia. Ia sama saja seperti Lazada atau Shoppee. Sekarang PG Mall berada di ranking ke-3 selepas Shoppee & Lazada.

Sila install aplikasi PG Mall. Klik butang World 🌍 di bawah tengah aplikasi PG Mall anda untuk Shake The World 2 kali sehari untuk dapatkan cash voucher. Link untuk install:

Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmall.prod

iOS : https://apps.apple.com/my/app/pg-mall-shop-share/id1298973748

Kedua-dua aplikasi ini boleh login dengan Username (PG code) dan Password yang sama.
"Tunggu ekonomi stabil dulu baru nak simpan emas".

Ini adalah respon biasa bila saya ajak orang ramai simpan emas. Setiap orang ada pilihan masing-masing. Dan pilihan ini biasanya berdasarkan ilmu dan pengaruh sekelilingnya.

Siapa orang yang bersamanya, apa bahan bacaannya, apa aktiviti masa lapangnya. Bila mereka respon sesuatu perkara, ia tak lari daripada apa yang mereka lalui sebelum ini.

Saya beli emas masa saya rasa sempit kewangan. Saya mula RM100 waktu itu pun jenuh mencari mana nak cari duit makan separuh bulan lagi tu. Sebab saya ada baki RM150 saja dalam akaun bank untuk belanja.

Ini kerana saya melihat emas akan membantu saya stabilkan kewangan. Saya sudah baca buku pasal kewangan iaitu Zero Hutang sebelum itu. Saya tak tunggu kewangan stabil baru simpan emas.

Kalau tunggu kewangan stabil, bila akan stabil? Kalau setakat gaji naik 5% setahun, bolehkan kita stabilkan kewangan dengan gaji? Kenaikan gaji saya RM225 saja setahun.

Sahabat, stabil atau tak stabil kewangan bukan dengan duit atau gaji. Tapi mindset. Kita nak stabilkan kewangan bukan tunggu upgrade gaji, tapi upgrade mindset. Nanti akan ada jalan keluar yang tidak juga mudah, tapi ada caranya.

Simpan emas bukan perlukan duit berpuluh ribu. Tapi RM100 saja dah boleh. Kita nampak emas berketul-ketul besar-besar dalam TV, terus kita set minda, "oh nanti ada duit banyak nak beli emas."

Saya pasti kita tak akan ada duit banyak kalau hanya duduk di minda yang sama.
Harga sekarang di paras harga yang rendah.

Boleh ke nak beli emas sekarang ni?

Boleh. Harga semasa adalah RM261.

Tetapi adakah harga akan turun lagi?

Setakat yang saya tengok, harga akan naik dulu then akan turun semula.

Harga hari ini RM262.

Harga terendah tahun ini RM261.

Kalau harga emas turun, bonus.

Kalau harga emas naik, untung.

Senang cerita, beli je bila ada duit.

Kan?

Nak simpan emas 999 yang patuh syariah, boleh WhatsApp saya => wasap.my/60177307520/nakSimpanEmas
Saya selalu ditanya apa beza gold bar dan dinar. Beza hanya dari bentuk dan berat. Contoh berat gold bar genap, 1gram, 5gram, 10gram. Dinar ada titik perpuluhan 1 dinar = 4.25 gram, 5 dinar = 21.25 gram.

PERSAMAAN : Kedua-duanya dapat dikeluarkan dari akaun GAP. Kalau nak beli sekilo gold bar atau 10 dinar terus kita mungkin tidak mampu. Tapi kita mampu kumpul gram emas sikit-sikit di akaun GAP. Di akaun GAP RM100 pun kita dah mampu beli gram emas! Kumpul gram dalam akaun GAP sehingga cukup sekilo kemudian keluarkan dengan senyuman.

Whatsapp saya untuk mulakan simpanan serendah RM100
http://wasap.my/60177307520/NakBeliEmas
Kemaskini Harga Public Gold GAP 4 Februari 2021

MYR 100 = 0.3831 gram
MYR 261 = 1.0000 gram

Harga terendah 2021: MYR 261 (16-18/1 dan 4/2/21)

Harga tertinggi 2021 : MYR 277 (6 Januari 2021)

Untuk membuka akaun, wasap https://bit.ly/3rg0G5z
Duit Bocor Kerana 3 Perkara ini:

1)Seronok Belanja
2)Tersalah Melabur (Skim cepat kaya)
3)Orang pinjam

Usahalah untuk mengubati duit bocor dengan mengalihkam sebahagian kepada dalam bentuk emas. Insyaallah simpanan lebih selamat dan bertahan lebih lama dan kekal.
INFLASI

Anda boleh tonton video "Inflasi: Pencuri Senyap Terbesar" dalam sistem kewangan dengan link dibawah. 👇

bit.ly/PencuriTerbesar
ehem.. ehem...

Ini adalah berita BAIK tapi belum rasmi yang saya baru terima 😁

Public Gold akan buka order untuk gold bar 1 gram Masjidil Haram tidak lama lagi.

Boleh keluarkan daripada GAP.
Batch pertama dianggarkan 50 ribu keping sahaja.
Boleh buat GIT (Pos kerumah)

Jadi, boleh standby dan topup GAP ye 😎
Dah ready untuk withdrawal dari akaun GAP sekarang! Seronoknya dah dapat tadi! Jom register akaun emas sekarang.

Klik wasap.my/60177307520/BukaAkaunGAP
Setelah berhempas pulas, akhirnya berjaya juga buat order dan payment untuk goldbar edisi Masjidil Haram Mekah ini.

Withdraw 4 keping cukuplah. 😅

Edisi ini terhad. Hanya ada 50,000 keping sahaja.

Itu yang syok. Kita simpan emas dalam akaun emas then withdraw ke emas fizikal kalau kita nak.

Hanya perlu bayar caj Gold Premium dan GIT yang sangat minimal.

Nak dapatkan goldbar ini, kena ada akaun emas dahulu.

Kalau belum ada, boleh WhatsApp saya untuk saya guide dan bantu.

=> wasap.my/60177307520/bukaAkaunEmas
Harga dah updated ya.

Sebab website tak boleh akses, terpaksa update secara manual.

Hari ini emas catatkan harga terendah baharu bagi tahun ini gais.

RM255 untuk 1g emas.

Borong? 😂
Orang selalu tanya saya, apa itu penyimpan emas berilmu? Tak ada ilmu tak boleh simpan emas ka? Jawapan dia boleh simpan emas kalau tak ada ilmu, tapi akan memudaratkan kesihatan emosi dan mental kita. Sebab apa?

Sebab orang yang tak ada ilmu tentang emas ini, lepas dia beli emas, kalau harga turun selepas itu, dia akan panik dan merasakan dia dah rugi, emosi dia akan terganggu, tiap-tiap hari dia akan tengok harga emas dengan harapan harga emas akan naik kembali. Akhir sekali apabila harga emas tak naik-naik dia akan berhenti membeli emas, dan simpanan dia hanyalah emas yang dia beli sebelum ini. Dia tak tambah pun simpanan emas dia sebab kecewa.

Berbeza pula dengan penyimpan emas yang berilmu, apabila dia mula membeli emas, dia hanya fokuskan kepada pertambahan gram dia sahaja. Lagi banyak gram dia simpan lagi banyak kekayaan yang dia simpan untuk diri sendiri. Emas naik atau turun dia teruskan membeli. Bila emas turun dia banyakkan lagi belian untuk mendapatkan harga pemurataan, manakala apabila harga emas naik, dia boleh tersenyum dengan kemenangan kecil dia.

Itulah sebenarnya perbezaan di antara penyimpan emas yang berilmu ataupun tidak. Sebab apa saya cakap benda ini? Sebab 7 tahun lepas saya sendiri penyimpan emas yang tidak berilmu. Saya langsung tentang membaca tentang emas dan terus beli 4 gram, kemudian berhenti. Di tahun 2020, saya sedar kesilapan saya dalam membeli adalah kerana tidak konsisten dan membaca tentang emas. Alhamdullilah tahun 2020 saya sudah menjadi penyimpan emas yang berilmu.

Pentingnya membaca sesuatu sebelum memasuki apa-apa portfolio penyimpanan dan pelaburan adalah untuk memberikan kita kefahaman tentang perkara yang akan kita libatkan diri kita. Sesungguhnya ketika Nabi Muhammad S.A.W mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira dari Allah S.W.T yang disampaikan oleh malaikat Jibrail a.s yang mengajar baginda membaca lima ayat pertama dalam surah al-Alaq yang bermaksud seperti di bawah :

“𝑩𝒂𝒄𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒃𝒖𝒕 𝒏𝒂𝒎𝒂 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒊𝒑𝒕𝒂𝒌𝒂𝒏. 𝑫𝒊𝒂 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒊𝒑𝒕𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒈𝒖𝒎𝒑𝒂𝒍 𝒅𝒂𝒓𝒂𝒉. 𝑩𝒂𝒄𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒏𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒎𝒖𝒍𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒎𝒖𝒓𝒂𝒉. 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒂𝒓 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒎. 𝑫𝒊𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒅𝒊𝒌𝒆𝒕𝒂𝒉𝒖𝒊”.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan semua. Bacalah! Itulah wahyu pertama Nabi Muhammad S.A.W. Bacalah kerana di dalam bacaan itulah adanya segala ilmu yang disampaikan kepada kita semua.
TOP UP GAP MANUAL

Untuk customers saya, sekiranya tak dapat akses website PG, boleh beli GAP secara manual dulu:

*1. Transfer duit ke akaun PG*

Transfer (secara online atau pakai mesin ATM) duit ke akaun PG mengikut harga per gram di web (atau minimum RM100) atas nama *"Public Gold Marketing Sdn. Bhd."*

♢ 5571 3923 8048 (Maybank)
♢ 3167-52-0833 (Public Bank)

🛑 Slip bayaran kena simpan selagi pembelian belum masuk dalam statement GAP.

*2. Upload Slip Bayaran*

Bila dah dapat akses, pergi ke web:

a. Klik butang merah *Buy GAP Now*
b. Masukkan *PG Code* sebagai *username* .
c. Pilih *Classic Site* (bahagian bawah)
d. Klik *Puchase*
e. Masukkan *Payment Date / Time* berdasarkan apa yang tertera pada slip bayaran. Klik *Choose File* untuk upload slip.
f. Klik *Request*. Selesai.

*3. Semak GAP Statement*

Semak GAP Statement *selepas 2 hari bekerja*. Kalau masih tak update, follow up dengan branch di https://publicgold.com.my/index.php/branch.