Gold Saving by Cg Farizah
489 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.03K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
Jangan Tukar Semua Duit Kecemasan Kepada Emas

Ramai yang bertanya saya, boleh tak nak tukar semua duit kecemasan dalam tangan kepada emas? Orang kata harga emas tengah naik ni, rugi tak simpan emas.

Bagi saya peribadi, simpanan emas ni sesuai buat backup untuk simpanan kecemasan dalam bentuk tunai, selalunya dah cukup 3,6 bulan gaji.

Kenapa?

1) Kita bukan di zaman yang jual beli boleh dibuat meluas gunakan emas. Bayangkan jamban rumah rosak dan perlu ditukar, saya tak rasa ada item emas yang mungkin sesuai dibayar untuk caj repair dan boleh jadi tukang paip nak dibayar dalam tunai berbanding emas.

2) Nak cash in kan emas ambil sedikit masa. Walau cara paling pantas kita boleh jual ke Public Gold, ia tetap memerlukan satu, dua hari berkerja untuk duit masuk ke akaun. Kalau jual ke orang lain, cabaran mencari buyer pula.

3) Nak Ar-Rahnu kan emas? Kalau keperluan tu datang hari Ahad? Waktu Ar- Rahnu tutup, bagaimana?

Itu dalam seronok kita nak menyimpan emas, jangan semua kita pakat pulun jadi emas.

Tinggalkan tunai, cukupkan tabung untuk keperluan kecemasan.

Jadi penyimpan emas yang berilmu, insyaAllah.
📍📍 CERITA EMAS ( GAP ) :

SOALAN :

Kita beli gap hari ni katakan RM 260 - 1g

Bila Kita nk keluarkan harga dh jadi RM 300 contohnya

Jadi pengeluaran gap akan mengikut harga terkini iaitu RM 300 ?

JAWAPAN :

Tak. Pengeluaran GAP ikut gram yg ada dlm acct. Bukan ikut RM 😊

Gap kt keluarkan yg dah kita beli.. Mcm bank pun, kita keluarkan duit yg kita simpan je.. X kira mata wang tgh naik @ trun 😁

GAP ialah utk accumulate gram. Jd withdraw pun brsandar pd gram. Kalau nk withdraw GAP, just focus pd jumlah gram yg sis nk withdraw n tambah GP. itu shj.

Kalau nk guna servis GIT, kena tambah caj GIT. Tak perlu fikir ttg harga emas itu jika nak withdraw.

It's very easy. Masa nk beli tengok harga semasa GAP. masa nk keluarkan emas fizikal, tak perlu fikir ttg harga emas tu lg. Focus pd gram n GP shj. Sama juga dgn SAP iaitu acc utk accumulate silver.

Beli emas dapat gram.

Konsep umum, tak kisah beli masa harga murah atau mahal. Yang penting beli emas dapat emas. Selagi emas ada dan tak jual, tak perlu kisah untung atau tak.

Yang penting gram dalam akaun GAP bertambah. Untung rugi ditentukan bila kita dah jual emas tu selepas tolak GP dan kos GIT (jika ada). 🤗

Bezanya akaun simpanan GAP dikira dalam bentuk gram dan akaun simpanan bank dikira dalam digit.

Hanya perlu bayar Gold Premium dan GIT (jika nak nak buat penghantaran)

Keluarkan gap ikut gram tak kira berapa harga harini. Tapi kalau nak pajak atau jual balik, maka untung masa harga tinggi. Sebab boleh dapat duit lebih untuk beli balik masa harga emas turun nanti.

☎️☎️ www.wasap.my/60177307520/BukaAkaunEmasPG

#PG00266996
DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU

Hari yang paling menggembirakan bagi yang bekerja makan gaji ialah hari gaji masuk.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan diri yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram. Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, insyaAllah...
Kelebihan akaun emas GAP Public Gold utk pembelian rumah.

Berikut adalah screenshot perbualan kami dgn pegawai bank Maybank yg menguruskan urusan loan rumah kami yg pertama sebelum ini.

Utk pengetahuan anda, jika kita hendak membeli rumah, pihak bank suka melihat penyata akaun kita mempunyai lebihan wang setiap bulan. Sebagai cth, jika kita mahu beli rumah berharga RM250K (anggaran ansuran bulanan RM1250+-), jadi jika ada lebihan simpanan RM1000 setiap bulan dlm akaun, ini dpt membantu menyakinkan kemampuan kita utk membayar bulan2 kepada pihak bank.

Jika anda konsisten menyimpan emas di GAP, anda juga boleh membawa penyata emas sbg supporting document (berfungsi sama spt akaun Tabung Haji, ASB etc) utk menunjukkan kestabilan simpanan anda.

Kami sarankan anda menyimpan sekurang-kurangnya 1% ke 10% (nilaian emas) daripada harga rumah yg ingin dibeli.

Kredit : Nurnaima Zainudin

Berminat nak simpan emas? Klik
http://www.wassap.my/60177307520/SimpananEmas
Kemaskini Harga Public Gold GAP 25 Januari 2021

MYR 100 = 0.3774 gram
MYR 265 = 1.0000 gram

Harga terendah 2021: MYR 261 (16,17&18Januari 2021)

Harga tertinggi 2021 : MYR 277 (6 Januari 2021)
📍📍 CERITA EMAS :

APA ITU WEALTH CARD GOLD BAR 0.5G PUBLIC GOLD ?


Gais, bila ada promosi dealer Public Gold, antara item yang perlu dibeli adalah Wealth Card. Jadi saya selalu dapat soalan berkenaan Wealth Card.

Apa itu Wealth Card?

Wealth card ibarat kad nama dealer.

Wealth card mengandungi maklumat Nama Dealer, PG code dan pangkat dealer (Normal Dealer atau Priority Dealer).

Ada gold bar 0.5 gram kat dalam wealth card tersebut 🤩🤩🤩

Wealth Card juga datang bersama-sama baucer diskaun untuk belian emas, silver dan PGMall bernilai RM350.

i) ada baucer diskaun beli emas RM10 x 10 pcs

ii) ada baucer diskaun beli silver RM20 x 10 pc

iii) adab baucer diskaun PGMall RM10 x 5 pc

Baucer ini sah untuk tempoh setahun.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐮𝐜𝐞𝐫 𝐝𝐢𝐬𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐰𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐜𝐚𝐫𝐝.

1. Outright purchase - Boleh guna (sekeping)

2. Pembelian emas GAP / pengeluaran (pembayaran gold premium) akaun GAP - Tidak boleh

3. Belian emas/perak secara EPP4X/EPP10X : Ya boleh

tetapi hanya 1 baucer diskaun dibenarkan untuk satu sales order EPP (𝐴𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑎𝑛𝑎-𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑏𝑎𝑦𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 (𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑐𝑎𝑑𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎), 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑘𝑒-2 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑠𝑒𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑢𝑛 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑎𝑗𝑒𝑟.

4. Baucer tidak boleh digunakan untuk pembelian emas/perak semasa promosi (contohnya promosi waiver EPP premium)

𝐏/𝐬: 𝐖𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐰𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝. 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐥𝐨𝐠𝐢𝐧 𝐤𝐞 𝐰𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐜 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮 𝐖𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝 𝐂𝐨𝐫𝐧𝐞𝐫 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐫𝐢.

Sekian.

Kredit : Tuan Syukor Hashim

#wealthcard #wealthcardpublicgold #goldbarwealthcard #wealthcarddealerpublicgold
📍📍 CERITA EMAS :

SOALAN :

“Antara duit & Emas, yang manakah simpanan terbaik ?”

** Ini antara soalan daripada pelanggan.

JAWAPAN :

1. Ramai daripada kita terlalu fokus kepada yang perkara yang terbaik dan sebenarnya perkara yang terbaik tidak akan kunjung tiba tanpa tindakan.

2. Ada orang bertanya tentang emas sudah 1 tahun tetapi masih menunggu harga terbaik.😅😅

3. Ada orang bertanya tentang emas sudah 3 tahun tetapi masih mencari-cari harga terbaik.🙊🙊

4. Ada orang bertanya tentang emas sudah 5 tahun tetapi masih mengkaji harga terbaik.😱😱

5. Hmmmm ada orang bertanya dan terus mula. 👍👍

6. Kenapa perlu kaji? Kenapa nak cari? Kenapa mahu tunggu?

7. Sebab kita terlalu mencari yang terbaik sehinggakan kita tidak manfaatkan apa yang ada di depan kita supaya ianya ke arah yang terbaik.

8. Bila harga emas turun, kita mencari harga emas yang lebih rendah daripada harga emas turun itu.

9. Bila harga emas naik, kita mencari harga emas yang lebih rendah daripada harga emas naik itu.

10. Perkara ini berulang, berulang dan terus berulang.

11. Jika kita beli emas hari ini, kita akan rasakan ianya kategori mahal. YA, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk kita akan tetapi harga emas dari tahun ke tahun akan naik, melonjak naik dan menjadikan emas itu ke arah terbaik.

Jangan terlalu fikir terbaik, terbaik, terbaik & terbaik sedangkan kita tidak mahu cuba untuk mula. 😊

Dapat sesuatu?

Dah beli emas?

Dah tambah GRAM emas??

Belum kan?

Haaaa rancang dan terus mula.

Fokus capai 100 gram emas pertama dalam simpanan. 💰💰

Terbakar? 🔥🔥

Kredit : Azizi Sulaiman

☎️☎️ www.wasap.my/60177307520/DaftarPG

#CgFarizah
#RoketEmas
#PG00266996
3 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli emas.

Gais, antara kesalahan newbie dalam pelaburan emas adalah "beli dahulu fikir kemudian". Jadi saya nak berikan 3 tips yang penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli emas.

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔: 𝗞𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗶𝗻𝗶?

Gais, keuntungan daripada pelaburan emas adalah apabila anda menjual balik emas. Jadi anda perlu bertanya kepada penjual emas tersebut "Kat mana saya boleh jual balik emas ini nanti?"

Dalam kebanyakan kes, biasanya anda akan jual balik emas kepada syarikat penjual emas tersebut.

Contohnya, jika anda beli emas Public Gold maka anda boleh jual balik kat mana-mana branch Public Gold (atau jual kat dealer Public Gold berhampiran dengan anda).

Jika anda beli Kijang Emas daripada Maybank, maka anda akan jual balik kat cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas (bukan semua cawangan Maybank ye)

Kemudian, jika anda membuat pelaburan melalui akaun simpanan, tanya penjual emas tersebut tentang bagaimana proses penjualan semula.

Saya nak bagitau, ada syarikat yang menawarkan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas. Mereka menawarkan kemudahan untuk mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas ini.

NAMUN sekiranya anda mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas mereka, maka mereka TIDAK MENERIMA jualan emas fizikal. Mereka hanya menerima jualan balik gram emas dalam akaun sahaja.

hohoho.. jadi kalau anda tak tahu perkara ini, memang naya lah jawabnya.

𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔: 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗽𝗿𝗲𝗮𝗱 (𝘀𝘂𝘀𝘂𝘁𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶) 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗶𝗻𝗶?

Spread @ susutnilai adalah perbezaan diantara harga belian dan jualan emas.

Biasanya ia diukur dalam bentuk %. Sila lihat gambar. Saya letakkan gambar spread untuk emas Public Gold.

Biasanya semakin berat emas yang anda beli maka spreadnya makin kecil.

𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔: 𝗔𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁-𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂?

Contohnya: Adakah syarikat menerima balik emas tersebut sekiranya sijil ketulenan hilang? atau plastik laminate emas dibuka atau emas tersebut calar, goris atau bengkok? (kalau Public Gold, ya mereka terima balik, cuma ada extra cas ikut situasi)

Ada syarikat yang menolak untuk membeli balik emas sekiranya ada calar, goris dan bengkok. Contohnya Kijang Emas.

Alasannya ialan nanti Maybank tak boleh jual balik kepada pembeli baru jika emas tersebut calar, goris atau bengkok.

Kenapa emas boleh terbuka plastik? tercalar, goris dan bengkok?

Jawapannya, ia boleh berlaku semasa proses Ar-Rahnu. Sebab ada arrahnu yang meminta anda buka plastik laminate untuk mereka uji emas tersebut.

Semasa ujian densimeter (timbang berat dan timbang dalam air), mereka akan sepit emas tersebut dengan penyepit besi dan menggoncang emas tersebut di dalam air. Ia boleh mencalarkan emas anda (kalau emas 999.9)

Saya pun pernah kena gais 😤. Emas saya tercalar semasa ar-rahnu. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... calar hati ku 😜

Emas anda boleh kemek kalau terjatuh. Saya pun pernah kena gais. Perghhhhhhhhhhhhhh.. kemek hati ku 😛

Ok gais, sila share tips ini dengan rakan-rakan anda.

Semoga bermanfaat.
3 Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal

Risiko #1
– Harga emas jatuh dalam jangka pendek.
Untuk urus risiko ni, pastikan anda beli emas dengan duit simpanan jangka panjang supaya anda tak terganggu dengan turun naik harga emas dalam jangka pendek – setahun atau dua tahun.
#Penyelesaian: konsisten beli 1 gram 1 bulan atau 10% dari pendapatan samada susah atau senang

Risiko #2
– Emas tu hilang, samada lupa simpan kat mana, atau ianya dicuri. Untuk urus risiko tu, anda kena tahu cara simpan emas dengan selamat.
#Penyelesaian: beli dan simpan di safe deposit box. atau beli melalui akaun emas GAP. Simpanan percuma

Risiko #3
– Ditipu semasa urusniaga jual beli emas. Ini risiko yang ramai orang terkena, terutamanya orang baru. Untuk elakkan risiko ni, saya syorkan anda berurusan terus dengan dealer syarikat bereputasi tinggi seperti Public Gold.
#Penyelesaian: Pilih Introducer Public Gold yang betul-betul komited. Ramai pembeli emas terkapai-kapai minta bantuan introducer gara-gara tersilap pilih introducer. Dealer yang bagus akan bimbing anda sebelum dan selepas beli emas.

Selain daripada tiga 3 risiko ni, pada saya pelaburan emas fizikal sebenarnya tak ada risiko.

Wallahu a’lam.
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.3788 gram
MYR 264 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 261 (16 January 2021)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 26 January 2021