Gold Saving by Cg Farizah
489 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
𝗡𝗔𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛, 𝗥𝗨𝗚𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧

Pengalaman saya bimbing penyimpan emas Public Gold, saya tengok orang yang rugi adalah orang yang duk tunggu harga emas turun.

Bayangkan kita dah asingkan duit untuk simpan emas.
Tapi dalam menunggu harga emas turun, tengok tengok harga emas terus naik tinggi.

Tahu tak, tiada siapa termasuk pakar kewangan sekalipun dapat jangka harga emas akan naik atau turun!

Lagi sadis, dalam duk menunggu, duit yang kita asingkan habis sebab terpakai.

Lastly, bila harga turun, kita tetap tak boleh nak menyimpan.

Sebab tu penyimpan emas berilmu, mereka beli emas bila mereka ada duit.
Especially lepas dapat gaji.

Harga tinggi atau rendah, tolak ke tepi!
Sebab mereka tahu tinggi mana harga emas hari ini, harganya jauh lebih tinggi bila nak jual 5-6 tahun akan datang.

Harga rendah hanyalah bonus.

Bila harga rendah, maksudnya itulah waktu untuk beli lebih banyak jika ada lebihan duit.
Bukan baru nak beli...

Jadi, bagi yang baru nak mulakan simpanan emas dengan serius, please pahat ilmu ni dalam minda!

📌 https://publicgoldofficial.com/farizahhamid/cara-bermula
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kalau simpan dalam bentuk duit, simpanan tu asyik dikorek. Itulah yang dipanggil kebocoran duit. Simpanan tak kekal lama. Cuba simpan dalam bentuk emas pula, mesti simpanan terus bertambah 🥰
SIRIM Berhad and Public Gold Mint Sdn. Bhd, under Public Gold International Sdn Bhd, has successfully signed on the Memorandum of Understanding to mark their official collaboration to safeguard the standard and quality of gold product fabrications, today.

SIRIM Berhad was represented by Dato’ Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad, President and Group Chief Executive Officer of SIRIM Berhad while Public Gold Mint, was represented by Dato’ Wira Louis Ng, Founder and Executive Chairman of PG Group.

The signing ceremony was witnessed by Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Chairman of SIRIM Berhad.

This collaboration aims to promote the Malaysian gold market towards the existing gold standards set by SIRIM that include Malaysian Standard MS 1247 and SIRIM Industrial Standard SIRIM 21, that are collectively categorised as SIRIM’s Gold Standard, through gold products produced by Public Gold Mint to indicate that the products have undergone stringent testing, fabricating, supervision and control, as part of its quality assurance.

#SIRIM #Gold #MoU

Sumber: LINK
Dah jadi customer Public Gold tapi masih tak faham proses jual beli dan prosedur untuk berurusan dengan PG?

Tanyakan apa sahaja soalan berkenaan dengan transaksi dan prosedur secara langsung dalam sesi "Public Gold Q&A" bersama Star Founder Master Dealer, Tuan Mohd Fadzli Lockman.

Ini bukan seminar, tapi soal jawab santai. Anda tanya, beliau jawab.

Tarikh: 2 November 2022 (Rabu)
Masa: 12.30 - 1.30 tengah hari
Platform: Zoom Meeting

Program ini terbuka kepada SEMUA CUSTOMER PUBLIC GOLD berdaftar, tak kira dari mana-mana network sekalipun.

Daftar kehadiran anda:

DI SINI >>>https://forms.gle/vx4pfcTdnUv6iFw87
DI SINI >>>https://forms.gle/vx4pfcTdnUv6iFw87
DI SINI >>>https://forms.gle/vx4pfcTdnUv6iFw87
999 dan 916 adalah merujuk kepada kandungan peratusan emas dalam sesebuah item emas.

Bila sebut emas 999, maka ia bermaksud 99.9% adalah terdiri daripada emas tulen.

Manakala bagi emas 916 pula, ia menunjukkan hanya 91.6% sahaja emas tulen. Selebihnya adalah unsur lain yang dicampur atas tujuan-tujuan tertentu.

Emas walaupun nampak sama tapi ia berbeza ikut matlamat. Nak berhias kita beli barang kemas 916. Tapi bagi pelaburan fokus dengan emas gold bar atau dinar yang berketulenan  999.

https://publicgoldofficial.com/farizahhamid

Farizah Hamid
PG Master Dealer
PG00266996
Perkongsian daripada  Mentor emas kami, Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Berapa jumlah simpanan emas setiap orang patut ada?

Pada saya, setiap kita patut letak target untuk ada #1keluarga1kilogram emas. Sekarang nilainya sekitar RM275,000.

Kalau 1 kilo terlalu besar, letak target pertama untuk adakan sekurang-kurangnya 200 gram pertama sebagai rizab keluarga.

Matlamat biar besar, tapi mulakan langkah kecil. Mulakan tabiat simpan #1gram1bulan dulu melalui #AkaunEmasGAP di Public Gold.

Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, setiap kita patut simpan sekurang-kurangnya 10% daripada JUMLAH KEKAYAAN (nett worth) kita dalam bentuk emas sebagai benteng terakhir kekayaan kita.

Ini disebabkan nilainya terjamin dan tidak terjejas walauapapun keadaan ekonomi ataupun politik sesebuah negara.
Emas benar-benar aset peribadi.

Tidak ada siapa tahu berapa banyak simpanan yang kita ada. Ia tidak boleh dibekukan oleh kerajaan sebagaimana aset-aset yang lain.

Ia akan jadi benteng terakhir kekayaan kita dan keluarga. InsyaAllah.
Siapa berminat nak belajar cara dapatkan passive income RM2,500 sebulan dalam masa 12 bulan dari sekarang sambil simpan emas, saya recommend join program ni.

Semua speaker dah proven success akan share pengalaman mereka sendiri.

Register di https://g100.my/plt/ sebelum pukul 12.00 malam esok (Rabu, 2 November 2022) untuk dapatkan tiket harga early bird.

Bagi yang belum ada PG Code, boleh terus daftar secara percuma di sini ya 👇
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00266996&is_dealer=1

Boleh whatsapp saya untuk pertanyaan www.wasap.my/60178058755/NakJoinPLTG100Network
#PLT
𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝟵𝟵𝟵 (𝟮𝟰𝗞) 𝟭 𝗴𝗿𝗮𝗺
(𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮)

01/11/22   = *RM269/gram*🔻-RM1
02/11/22   = *RM269/gram*
02/11/22   = *RM270/gram*⬆️ +RM1
04/11/22   = *RM267/gram*🔻-RM3🔥

(Boleh semak harga di www.publicgold.com.my)
_____________________________

📌 Jika belum ada akaun emas, boleh terus daftar percuma di
https://publicgoldofficial.com/farizahhamid/cara-bermula

📌Boleh muat turun percuma ebook Asas Simpanan Emas dari Zero to Hero ni. PERCUMA 😊
https://publicgoldofficial.com/app/ebook/farizahhamid
Kenaikan harga 97.8% dalam masa 8 tahun. Bermakna purata kenaikan setahun sekitar 12.2%

Siapa yang kata simpan emas ini rugi, mungkin mereka tidak pernah ambil tahu sejarah harga emas.

Jadi masih nak menunggu dan terus menunggu?

Usah buang masa ya kawan-kawan. Ada saja lebihan duit terus tukar kepada emas.

Harga emas tidak pernah menunggu kita 💪💪
Sentiasa ingat perkara ini.

Emas tidak berikan dividen. Emas tak sama macam ASB.

Kita beli emas untuk pelihara nilai duit kita dari susut nilai.

Beli emas, dapat emas. Beli emas jangan sampai lemas.
SIMPAN 10% SEBAGAI PELAMPUNG KEKAYAAN

Tahu tak, kesemua aset kita boleh dibekukan oleh kerajaan pada bila-bila masa kalau nama kita terpalit dengan kesalahan di bawah AMLA?

Semua aset kita mempunyai rekod dalam sistem kewangan. Dan kerajaan boleh akses kepada rekod itu bila-bila masa diperlukan di bawah undang-undang.

Walaupun kita orang baik dan tak buat jahat, tapi di luar sana bukan semua orang senang melihat kejayaan kita.

Apa-apa sahaja boleh terjadi.

Itulah sebab kenapa pakar menasihat adakan simpanan emas sekurang-kurangnya 10% dari aset bersih kita.

Kalau apa-apa terjadi, 10% itu pelampung yang akan menyelamatkan kita sekeluarga. InsyaAllah.

Baca pengalaman sebenar mentor emas saya di https://www.mohdzulkifli.com/2022/07/emas-menyelamatkan-saya-ketika-akaun-bank-dibekukan.html

Kalau nak bermula simpan emas, klik sini 👇
https://publicgoldofficial.com/farizahhamid/cara-bermula
Saya bantu sebaiknya.

#TipKewanganPeribadi
“Rugi dalam tangan, tapi untung belum tentu”

Itulah yang kena tahu kalau nak bercakap tentang pelaburan.

Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita sendiri tak sanggup lebur 100%! Duit tu tak sesuai dilaburkan.

Mana-mana guru pelaburan (bukan “salesman pelaburan”) pun akan suruh adakan simpanan kecemasan sekurang-kurang berjumlah 6 bulan gaji dulu sebelum melabur.

Bila ada lebih, duit itulah yang sesuai dilaburkan.

Jadi jangan sibuk melabur kalau duit simpanan kecemasan 6 bulan gaji pun belum ada.

Selagi belum ada simpanan 6 bulan gaji, fokus dulu untuk tambahkan ilmu, perbaiki cashflow, cari jalan tambahkan pendapatan, dan urus hutang dengan baik.

Tak perlu gopoh nak melabur.

Orang kaya di dunia melabur sebab mereka ada duit lebih, bukan sebab nak cari duit lebih.

Kalau nak cari duit lebih, pelaburan bukan tempatnya.

Sebaliknya, tingkatkan kemahiran sedia ada, atau tambah kemahiran baru supaya majikan sanggup bayar kita lebih mahal.

Kalau majikan sedia ada tak hargai kemahiran kita, cari majikan lain yang sanggup bayar kita lebih mahal.

Atau gunakan kemahiran baru untuk cari pendapatan tambahan di luar waktu kerja.

Itulah cara lebih baik kalau “nak cari duit lebih”.

Sepanjang saya aktif sampaikan seminar tentang emas dan kewangan sejak 2016, majoriti peserta seminar setuju, “mereka sebenarnya lebih kaya kalau tak melabur”!

Sebab selama ini mereka melabur tanpa ilmu, tanpa ada simpanan kecemasan, dan tanpa persediaan yang cukup.

Akhirnya duit yang dilaburkan itu habis lebur!…

Kalau selama ini mereka betul-betul fokus menyimpan dan tambahkan ilmu, kan lebih kaya?

#BukuMisiBebasHutang