Gold Saving by Cg Farizah
489 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.03K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
🥳 PROMOSI SEMPENA HARGA EMAS TURUN🥳

GOLD RUSH❗️‼️
GOLD RUSH ‼️❗️

PROMOSI EMAS BAYAR 10 KALI
😍😍😍

Nak lock EPP10? Whatsspp saya untuk saya bantu sebaiknya 👇😊

http://www.wasap.my/60178058755/NakLockEPP10Emas
Harga Emas 1 Gram ACC GAP (JULAI 2022)

1/7/22 = RM277/gram ⬇️ -RM1
2/7/22 = RM278/gram ⬆️ +RM1
3/7/22 = RM278/gram ➡️
4/7/22 = RM278/gram ➡️
5/7/22 = RM277/gram ⬇️ -RM1
6/7/22 = RM272/gram ⬇️ -RM5
7/7/22 = RM267/gram ⬇️ -RM5
8/7/22 = RM269/gram ⬆️ +RM2
9/7/22 = RM269/gram ➡️
10/7/22 = RM269/gram ➡️
11/7/22 = RM269/gram ➡️
12/7/22 = RM268/gram ⬇️ -RM1
13/7/22 = RM268/gram ➡️
14/7/22 = RM269/gram ⬆️ +RM1
15/7/22 = RM265/gram ⬇️ -RM4
16/7/22 = RM264/gram ⬇️ -RM1
Alhamdulillah..feedback penyimpan emas di bawah bimbingan saya sendiri..tiap bulan konsisten bayar EPP10 1 dinar. Akhirnya habis bayar dan 1 dinar pun sampai ke tangan..

dan semalam sis Zila terus sambung lagi buat EPP10 1 Dinar yang baru. Semangat betul💪😍 tambah pula harga emas sekarang ni sangat murah!
Cuba bayangkan kalau kita beli emas setiap bulan 1 gram sejak 20 tahun lepas, tahun 2000. Harga pada waktu itu sekitar RM35 segram. Selepas 20 tahun, ada 240 gram emas yang nilai dia RM62 ribu.

Hanya nak menjentik minda saya dan minda kawan-kawan semua. Emas tak pernah murah. Dia naik, turun sikit tu biasa. Yang penting kita konsisten tukar sikit duit kepada emas untuk:

1. Serap inflasi disebabkan jatuh nilai Ringgit
2. Harta yang kekal nilai
3. Harta simpan dan lupa untuk jangka masa sederhana dan panjang

Yang penting, bermula simpan emas. Jangan pernah anggap dah terlewat. Mula sekarang. Ambil peluang menyimpan. Akaun GAP kan ada..daftar akaun percuma pula tu 😊
TERKINI‼️

Inflasi di AS naik 9.1%, Kenaikan itu adalah yang tertinggi sejak November 1981 dan menyusuli kenaikan 8.6 peratus pada Mei lalu. US adalah antara kuasa ekonomi besar dunia. apakah tandanya?

Jika anda simpan duit dalam bank. duit anda terus susut dimamah inflasi. Kadar inflasi di Malaysia adalah sekitar 3% dan mencecah 11.4% jika tiada subsidi. subsidi ni bukan kekal yer. inflasi makanan paling tinggi.

Jika dividen ASB 5%. tolak zakat 2.5%. tolak kadar inflasi 3%. kita sebenarnya rugi simpan dekat ASB. Apatah lagi jika simpan dekat bank yang tidak ada dividen. Angka dekat bank meningkat tetapi nilai berkurang. Kuasa beli berkurang

Duit yang kita simpan ada susut nilai. Berdasarkan Jabatan Kerangkaan Malaysia, ringgit telah susut 22.9% dalam tempoh 10 tahun. Tahun ini dan tahun depan akan meningkat lebih banyak. Duit yang kita simpan tahun lepas tak mampu dapat barang yang sama tahun ini. Hanya dalam setahun.

Simpanlah Dinar emas dan Dirham perak kerana terbukti kalis inflasi dan mengekalkan nilainya sejak 1400 tahun yang lalu. Nilainya terpelihara kerana tidak boleh dimanipulasi.

Kredit Mejar Adam Fahmi.
𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝟵𝟵𝟵 (𝟮𝟰𝗞) 𝟭 𝗴𝗿𝗮𝗺 (𝗝𝗨𝗟𝗬 𝟮𝟬𝟮𝟮)

01/07/22 = *RM277/gram*🔻 -RM1
02/07/22 = *RM278/gram*🔼 +RM1
03/07/22 = *RM278/gram*
04/07/22 = *RM278/gram*
05/07/22 = *RM277/gram*🔻 -RM1
06/07/22 = *RM272/gram*🔻 -RM5 🔥
07/07/22 = *RM267/gram*🔻 -RM5 🔥
08/07/22 = *RM269/gram*🔼 +RM2
09/07/22 = *RM269/gram*
10/07/22 = *RM269/gram*
11/07/22 = *RM269/gram*
12/07/22 = *RM268/gram*🔻 -RM1
13/07/22 = *RM268/gram*
14/07/22 = *RM269/gram*🔼 +RM1
15/07/22 = *RM265/gram*🔻 -RM4 🔥
16/07/22 = *RM264/gram*🔻 -RM1 🔥
17/07/22 = *RM265/gram*🔼 +RM1

(Boleh semak harga di www.publicgold.com.my)
*Ada orang tanya macamana nak pastikan emas Public Gold atau apa saja emas adalah tulen?*

Secara ringkasnya, ada beberapa cara yang boleh kita guna. Ada yang berbayar dan ada yang percuma.

Teknik pembakaran. Yang ni biasanya diguna oleh tukang emas atau orang yang menentusah emas (assayer).

Teknik ketumpatan dalam air. Ini biasa orang guna di kedai-kedai emas atau branch syarikat emas.

Teknik mesin pengesan ketulenan. Yang ni kos dia berpuluh-puluh ribu la. Biasanya tempat assayer ada mesin ni. Tak payah buka seal pun dia boleh kesan emas tu tulen ke tak.

Teknik asid. Yang ni peniaga amatur biasa guna. Kena tengok geng-geng COD. Hehehe..

Teknik pengesahan assayer. Biasa orang guna ni aje. Cuma tinggal lagi kena tahu assayer yang hebat.

Macam Public Gold, kita guna Assay yang diketuai oleh Tuan Abdul Shukor Anuar. Dunia emas memang kenal beliau.

Setiap keping emas keluaran Public Gold ditandatangan oleh beliau. Setiap nombor siri pada kad akan dicatat. Senarai nombor siri yang dikeluarkan akan diupdate kepada pusat arrahnu yang berkenaan.

Dan ada cop mohor tersembunyi di kad emas Public Gold. Ahaaa… itu rahsia. Carilah sendiri.

Teknik penerimaan di pusat arrahnu. Kalau arrahnu terima tu maksudnya emas tulen la tu. Tak perlu bincang panjang.

Teknik reputasi. Maksudnya takde pernah orang komplen emas Public Gold ni emas palsu sejak 2008. So, boleh la terus beli.

Itulah sebahagian daripada teknik macamana nak pastikan emas yang kita beli itu tulen atau sebaliknya.

Yang suka berkongsi ilmu.

Kredit Cik Syu
‘Harga emas tengah rendah’
‘Harga emas boleh rendah lagi?’
‘Rugi lah jika harga emas turun dan terus turun’

Ini antara luahan dan soalan daripada setiap penyimpan emas. Saya berikan pencerahan.
.

Dalam dunia pelaburan emas, Harga emas naik dan turun itu perkara normal. Mungkin sebelum ini kita tidak terdedah dengan perkara ini, jadi sedikit sebanyak menimbulkan rasa panik dan gusar bagi sesiapa yang baru mula aktif menyimpan emas.

Pegang rapat-rapat kenyataan ini.
Kunci ketat-ketat kenyataan ini.

‘Dalam sejarah, Nilai emas tidak pernah menjadi ZERO’

YA itu antara fakta yang tidak boleh ubah!

Duit kertas boleh menjadi ZERO dan boleh jadi bernilai bergantung kepada kestabilan Politik sesebuah Negara. Ini bermaksud duit kertas bukan penyimpan nilai yang baik.

Itu antara fakta yang kita semua tidak boleh sangkal dan elakkan.
.

Oleh sebab itu, penyimpan emas sepatutnya bergembira kerana duit telah dibekukan dalam bentuk yang lebih selamat iaitu emas.

Jika kita ada 1kilogram, Harga emas turun sekalipun GRAM kita tetap 1kilogram.

Jika kita ada 1kilogram, Harga emas naik sekalipun GRAM kita tetap 1kilogram.

Gram tidak berubah.
Gram tidak berganjak.
Gram tidak berkurang.
Gram tidak bertambah.
.

Jadi sekiranya harga emas rendah, sebagai penyimpan emas yang berilmu, itu adalah peluang kita.

YA Peluang!

Tangguh dulu kereta Honda.
Tahan dulu handbag LV.
Henti dulu Jam Tissot.
Tunggu dulu kehendak kayangan kita.

Fokus dan terus fokus kepada kepada simpanan emas. Rebut peluang ini.

Moga penerangan ringkas ini memberi motivasi yang tinggi untuk kita semua menyimpan emas.

Simpan emas bukan kerana kita mahu kaya sahaja tetapi Simpan emas untuk elakkan kita meminta-minta.

‘Stay Focus!’ & Tahniah. Teruskan perjuangan.
Harga Emas 1 Gram ACC GAP (JULAI 2022)

1/7/22 = RM277/gram ⬇️ -RM1
2/7/22 = RM278/gram ⬆️ +RM1
3/7/22 = RM278/gram ➡️
4/7/22 = RM278/gram ➡️
5/7/22 = RM277/gram ⬇️ -RM1
6/7/22 = RM272/gram ⬇️ -RM5
7/7/22 = RM267/gram ⬇️ -RM5
8/7/22 = RM269/gram ⬆️ +RM2
9/7/22 = RM269/gram ➡️
10/7/22 = RM269/gram ➡️
11/7/22 = RM269/gram ➡️
12/7/22 = RM268/gram ⬇️ -RM1
13/7/22 = RM268/gram ➡️
14/7/22 = RM269/gram ⬆️ +RM1
15/7/22 = RM265/gram ⬇️ -RM4
16/7/22 = RM264/gram ⬇️ -RM1
17/7/22 = RM265/gram ⬆️ +RM1
18/7/22 = RM265/gram ➡️
Fakta tentang emas yang kita kena tahu.

Emas tidak berikan dividen macam ASB. Emas adalah capital gain. Kena jual, baru dapat keuntungan. Selagi tak jual, kita hanya dapat tengok sahaja “jumlah keuntungan” aset emas kita.

Apabila kita beli emas, mesti dapat emas. Dan sudah semestinya emas itu boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal kalau kita simpan dalam akaun emas.

Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Itu sebabnya saya selalu bagitau nak simpan emas, simpan untuk 5-10 tahun. Bukannya beli hari ini, dan esok jual. Cari penyakit namanya.
Rahsia mak simpan duit,
Bukan kuantiti tapi tabiat!
=====================================

Mak, masa muda-muda dulu macammana mak simpan duit?’ Tanya saya.

‘Dulu masa mula-mula kahwin, mak cakap gaji abah sebagai cikgu ratus-ratus aja kan?’ tanya saya lagi.

‘Haah. Dulu mak dengan abah bukan hidup senang lenang. Gaji abah ratus-ratus aja’

‘Abah akan bagi duit belanja dapur kat mak. Mak akan buat budget’

‘Mak akan buat budget kurang sket daripada duit yang abah beri. Supaya boleh tarik sedikit duit untuk simpan’ cakap mak

‘Kalau budget ketat sekali pun, mak akan cuba tarik walau pun RM10 untuk mak simpan’ Mak membuka cerita.

‘Budget kurang ke, tak cukup ke, carilah usaha untuk tarik RM10 dan simpan. Kalau boleh tarik lebih, lagi bagus’

‘Yang penting, tabiat menyimpan kena ada. Ia bukan pasal berapa Ringgit yang kita boleh simpan, tapi sejauh mana kita boleh konsisten menyimpan walau pun budget tengah ketat’

‘Jangan sesekali menyerah pada keadaan. Kalau duit takde, tak nak simpan. Cuba simpan juga RM10’

‘Bila dah ada tabiat menyimpan, InsyaAllah bila ekonomi dah semakin baik maka nilai simpanan bolehlah dinaikkan’

‘Yang penting adalah membina tabiat’ cakap mak lagi.

‘Jangan tunggu duit banyak baru nak simpan. Kalau budget ketat, simpan sikit. Kalau budget besar, simpan banyak’

Tuan puan sekalian, tabiat konsisten simpan duit lebih penting dari nilai duit tersebut.

Jika anda rasa menyimpan itu susah, sebenarnya ia bukan susah. Ia belum jadi tabiat anda sahaja.

Once dah jadi tabiat, segalanya jadi mudah 😁

Itulah rahsia mak kumpul duit, beli emas, beli tanah, beli 2 rumah walaupun hanya suri rumah dan takde langsung slip gaji.

Saya mengangguk ‘Oh! Faham-faham mak. Nie nak kena cerita kat kengkawan nie. Semoga nasihat mak nie boleh lekat kat hati diorang. Dapat pahala kat mak 😁’, bisik saya.

Terima kasih Tn Syukor Hasyim atas tips dikongsikan

Kesimpulannya kena konsisten menyimpan. berapa banyak gaji kita tidak penting. Yang penting berapa banyak kita mampu simpan. Ada orang gaji besar tapi tak mampu simpan setiap bulan. Ada orang gaji kecil mampu simpan setiap bulan.

Pengalaman saya bantu orang ramai simpan emas. Saya pernah jumpa orang meniaga tepi jalan tapi simpan 1 gram emas setiap hari! Saya pernah jumpa student dan surirumah yang mampu simpan 1 gram emas setiap bulan walaupun tak ada gaji!

Jangan lupa komen dan share jika bermanfaat.

Kredit: Mejar Adam Fahmi Ghazali

#TabiatLebihPenting
#PesananMak