Gold Saving by Cg Farizah
490 subscribers
2.18K photos
49 videos
1.03K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Cikgu Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang) dalam rangkaian G100Network. Hubungi saya di +60 11 5505 8755.
Download Telegram
Berikut adalah 7 kesilapan kewangan yang serius:

1. Boros

Malangnya, terlalu ramai orang boros. Mereka berbelanja sehingga ketahap mata pendapatan. Dan bila pendapatan mereka meningkat, belanja mereka juga meningkat! Situasi ini bukan saja applicable kepada mereka yang berpendapatan rendah tetapi termasuk mereka yang bergaji besar yang masuk puluhan ribu ringgit sebulan. Statistik menunjukkan setinggi 20% daripada mereka yang bergaji besar sebenarnya adalah pokai (hidup daripada gaji ke gaji)!

2. Terlalu banyak berhutang, terutamanya hutang kad kredit

Walaupun hutang boleh menolong kita membina kekayaan, most of the time, hutang hanya akan membebankan kita. Contoh ketara adalah hutang kad kredit. Kadar faedahnya tinggi dan amat membebankan.

3. Membeli liabiliti

Liabiliti adalah barangan yang tidak meningkat nilai dan yang jatuh nilai.

Contoh utama liabiliti ialah kereta.

Sepertimana kita semua maklum, nilai kereta jatuh, dan jatuh dengan ketara. Jadi apabila kita membeli kereta yang terlalu mahal, kita menanggung kerugian besar (melalui kejatuhan nilai kereta) dan rugi kali kedua kerana baki wang yang tinggal terlalu sedikit untuk melabur.

4. Melabur di dalam hanya satu atau dua pelaburan

Terlalu ramai orang melabur di dalam hanya satu atau dua pelaburan; mungkin di dalam satu syarikat (tempat berkerja), satu saham atau satu koperasi. Walaupun sudah tentu langkah ini lebih baik daripada tidak melabur langsung, ianya masih membahayakan kerana mereka sekarang terdedah kepada sistematik risk. Jika apa2 kecelakaan berlaku kepada syarikat, saham atau koperasi tersebut (contoh: pandemik Covid-19), maka mereka akan terkontang-kanting!

5. Melabur terlalu sedikit

Ini adalah kesilapan yang dilakukan oleh majoriti pelabur. Mereka membuat pelaburan tetapi malangnya jumlah pelaburan tersebut adalah terlalu sedikit. Dan seperti yang saya sering sebut: dalam pelaburan, sikit2, lama2 masih sikit! Jadi bila nak kaya?

6. Menyimpan tetapi tidak melabur

Satu lagi kesilapan yang selalunya fatal – mereka menyimpan wang tetapi tidak membuat pelaburan. Situasi ini timbul mungkin kerana mereka tidak tahu akan keperluan melabur atau tidak cukup ilmu pelaburan atau takut untuk melabur. Tetapi apa pun sebabnya, mereka ini akan menerima padah yang buruk kerana nilai wang mereka akan dibaham oleh inflasi.

7. Tidak menambah ilmu

Realitinya, tidak ramai orang yang menambah ilmu semasa mereka hidup. Malah, ramai graduan universiti berhenti belajar selepas hari convocation!

Bagaimana mereka hendak membina kehidupan yang lebih baik tanpa ilmu yang terkini, terutamanya memandang kemajuan teknologi yang begitu pantas berubah sekarang?

Jadi sekarang awak tahu 7 kesilapan kewangan yang serius. Pastikan awak tidak mengulang kesilapan ini!

Kredit:
Mentor Kewangan Malaysia
Tn Azizi Ali
🎖*𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝟭 𝗚𝗿𝗮𝗺 (JUNE 𝟮𝟬𝟮𝟮)*

01/06/22 = *RM279/gram*🔻 -RM3
02/06/22 = *RM280/gram* 🔼 +RM1

(Boleh semak harga di www.publicgold.com.my)
‘Harga emas sekejap turun sekejap naik, macam mana nak beli?’

Ini antara soalan daripada pelanggan saya. Saya beri pencerahan.
.

#Pertama
Sebenarnya walaupun harga emas ada naik dan turun, tetapi sejarah membuktikan nilai emas tidak pernah turun menjadi kosong (Zero).

Jadi kalaulah kita memilih untuk menyimpan emas, kita sebenarnya berada dilandasan yang betul.
.

#Kedua
Jika kita memilih menyimpan duit sebagai tabungan, tak mengapa. Teruskan sahaja. Itu lebih baik daripada mengkaji sana sini, komen sana sini tetapi tidak ada menyimpan apa apa. Akan tetapi kena faham dan tahu kelemahan simpanan wang.

Duit RM100 yang kita simpan hari ini,masih akan tertera RM100 pada duit itu walaupun 10 tahun akan datang. Yang membezakannya ialah nilai.
.

#Ketiga
Walaupun harga emas naik dan turun, fokus sahaja simpanan emas kita mengikut target.

Tanya diri,berapa GRAM kita nak capai?
10gram emas?
100gram emas?
1kilo emas?

Cuba fikir, bagaimana nak capai 1kilo emas jika emosi kita asyik terganggu dengan harga emas.

Jadi penyelesaian terbaik ialah fokus dan terus fokus dengan target kita.

Capai 1gram pertama.
Kemudian capai 10gram berikutnya.
Dan capai 100gram pula.
Kemudian mimpi pasti menjadi kenyataan kerana kita menghampiri 1kilo emas.

Tetapi jika kita asyik fikir tentang harga, 1gram emas pun susah nak simpan 😁

Kredit:
Tn Fairuz Aziz
Lebih 5 tahun dahulu...
1 Dinar beli RM595. Skrg harganya RM1204

20 gram beli seunit RM2892, skrg RM5655 seunit.

Kalau dulu, 50 gram emas berharga RM7249, kini emas yg sama berharga RM 14,072

Begitulah ☺️
Simpanan EMAS memang sesuai untuk anda yang mahu menyimpan dalam jangka masa PANJANG, bukan beli hari ini dan jual esok. Bukan pula beli tahun ini, nak jual selepas setahun.

Dengan akaun GAP pula, anda ada kelebihan untuk simpan emas sedikit2 serendah RM100.

Yang penting, beli emas dapat EMAS. Bukan hanya di atas kertas.

Public Gold? Pilihan anda semestinya tepat 👍😍
Kelebihan Public Gold 👇😍
Emas Sebagai Simpanan Kecemasan?

Secara teorinya, emas tidak sesuai untuk simpanan kecemasan. Sebab emas ni ada risiko naik turun harga. Sedangkan kecemasan tak kira waktu. Simpan sekejap, tiba-tiba ada kecemasan. Jual emas, mungkin rugi.

Itu secara teori.

Secara realiti pula, diberitakan bahawa masyarakat kita sukar untuk menyimpan walaupun RM1000 untuk tujuan kecemasan, bukan kerana gaji mereka kecil tapi kerana cara pengurusan wang yang tidak baik. Ada je yang gaji kecil yang mampu simpan kerana disiplin yang tinggi.

Jadi untuk mereka yang jenis ini, maka emas sesuai untuk jadi simpanan kecemasan. Biasanya mereka yang jenis ini mereka sendiri tahu yang mereka susah nak jaga perbelanjaan. Mereka sedar, cuma susah nak buat.

Untuk mereka yang sedar bahawa mereka sebenarnya mampu simpan duit, tapi gagal menyimpan wang kecemasan sekurangnya 3 kali gaji bulanan, emas sesuai untuk mereka mulakan.

Bagi golongan ini, mereka kena mulakan dengan simpanan emas fizikal, bukan simpanan emas akaun di bank. Beli emas daripada akaun tak apa, tapi terus keluarkan fizikal dan simpan fizikal.. daripada tak ada langsung simpanan kecemasan akhirnya ada juga 10 gram emas.... dan biasanya ia tak terhenti di situ.. akhirnya perbelanjaan tak perlu biasanya dipotong sebab sudah terbiasa simpan emas..

Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my
Tahniah kepada ahli baru dan pemegang pgcode PG00800000 (Pn. Aznom Binti Ishak) kerana berjaya miliki 1g emas secara percuma.

Psstttt... Berita baik untuk anda yang baru nak daftar sebagai ahli Public Gold.

Public Gold akan hadiahkan 5g Gold Bar kepada ahli baru yang berjaya memiliki pgcode PG00888888. Yang lagi best introducer bagi pgcode tersebut layak dapat 5g juga secara percuma.

Tunggu apa lagi?

Jom buka akaun emas Public Gold sekarang!

Boleh klik link di bawah untuk info lanjut👇👇👇
wasap.my/60178058755/naksimpanemas

Website ringkas/5 minit emas! Klik sini ok👇🏻
https://publicgold.me/farizahhamid