Gold Saving by Cg Farizah
502 subscribers
2.17K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
7 Strategi Bebas Dari Hutang

Saya suka kongsikan ilmu bebas hutang. Ini antara ‘step’ saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai.

Kalau terpaksa berhutang untuk beli sesuatu, itu bermaksud kita tak mampu. Jadi, kumpul duit dulu kemudian dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contoh, hutang kad kredit (interest 18% setahun) kena settlekan dulu sebelum loan kereta. Elak terperangkap term, “bayar minima”.

Jadi, cuba senaraikan semua hutang yang ada mengikut kadar #Interest paling tinggi.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas untuk simpan duit yang akan digunakan untuk buat full-settlement hutang-hutang yang ada.

Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus.

Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.

Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest.

Tak nak bazirkan duit hasil titik peluh, hanya untuk bayar bunga!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus syarikat untuk bayar hutang! Kena mujahadah la sikit. Tekan nafsu berbelanja.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.

Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah.

Jadi, saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit ‘installment’ bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement ‘loan’ kereta sebanyak RM600 sebulan, simpanlah dalam akaun Dana Full-settlement Hutang tadi.

Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.


Kredit : HafizulHakim #KewanganSihat
Tips mudah nak dapatkan goldbar 1 gram dengan cara yang jimat.

Kita beli menggunakan akaun GAP Public Gold.

Sebab kalau nak beli goldbar 1 gram secara terus, harganya mahal. RM350 sekeping.

So bila kita beli dengan akaun emas GAP, kita akan dapat beli emas 1 gram yang sama dengan harga yang lebih murah.

Tapi ada syaratnya. Kena beli 2 gram akaun emas GAP.

Tahu kenapa mesti beli 2 gram? 🤭

Farizah Hamid
Benda boleh jimat, kita jimatkan.

* Rata-rata customer saya dah tahu teknik ni.

=> wasap.my/60177307520/nakbukaakaunemasGAP
Usaha memandaikan orang ramai tentang emas bukan kerja dealer Public Gold saja, tapi kerja semua pakar kewangan yang faham akan wang fiat (ringgit).
Macam mana saya nak konsisten menyimpan emas?

Mudah sahaja. Guna formula TMB.

Apa itu TMB?

Tujuan - Ketahui apa tujuan anda menyimpan emas. Simpan emas untuk apa? Untuk persediaan nak kahwin? Untuk pergi Haji?

Matlamat - Ketahui pula apa matlamat anda simpan emas. Nak simpan berapa banyak? 100 gram? 1 kilogram? Atau nak simpan berapa lama? 10 tahun? 20 tahun?

Bajet - Set terus berapa banyak bajet yang anda boleh simpan setiap bulan. Kalau tak boleh simpan setiap bulan, set berapa banyak boleh simpan setiap quarter. Boleh beli 1 gram sebulan, beli je 1 gram sebulan. Tak boleh beli 1 gram, beli RM100 emas setiap bulan.

Saya percaya anda akan lebih mudah untuk konsisten menyimpan emas apabila follow formula TMB ini.

Kalau belum ada akaun Public Gold dan nak belajar lebih detail tentang formula TMB ini, boleh WhatsApp saya di bawah.

=> wasap.my/60177307520/nakbukaAkaunGAP
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.4000 gram
MYR 250 = 1.0000 gram

Lowest: MYR (Today)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 3 April 2021
Macam mana kita nak tahu keuntungan hasil pelaburan kita? Dalam satu buku yang say baca hasil penulisan En Shamsuddin Kadir yang bertajuk “CASH FLOW UNTUK LELAKI” ada diceritakan oleh beliau cara untuk mengira keuntungan pelaburan kita.

Formula yang diberikan ialah menggunakan “formula 72”. Peraturan 72 ialah untuk mengetahui berapa lama masa yang akan diambil sebelum sesuatu kos itu menjadi ganda.

Contohnya adalah seperti berikut. Sekiranya anda melaburkan RM10,000 dan dividen yang diberikan adalah 6%. Maka berapa lamakah tempoh masa yang anda perlukan sebelum pelaburan anda menjadi sekali ganda?

Jawapannya, kita akan mengira menggunakan “formula 72”. Cara pengiraanya adalah seperti di bawah.

72 ÷ 6(dividen) = 12 tahun. Ini bermaksud dengan pelaburan sebanyak Rm10,000 anda memerlukan selama 12 tahun untuk mendapat sekali ganda iaitu dari RM10,000 itu tadi menjadi RM20,000.

Jadi itu adalah cara untuk anda menetapkan tempoh masa untuk anda mendapat pulangan hasil pelaburan anda. Konsep ini juga sesuai untuk digunakan untuk mengira kadar keuntungan hartanah atau perumahan. Tetapi sebelum itu anda mesti tahu, berapa peratus kenaikan tahunan rumah dan hartanah anda.
Gais.

Sempena PG masuk tahun kewangan yang baru, saya akan membuat special FBlive untuk anda.

Tajuknya: Simpan Emas Dengan Ilmu.
Tarikh: Sabtu 3/4/2021
Waktu: 9.00 malam
Di FBpage: Syukor Hashim & Jonaina Nordin

Sinopsis. Setiap pelaburan yang anda buat mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Tidak ada satu pelaburan yang bagus serba serbi. Jadi sebagai seorang pelabur, ilmu sangat penting.

Begitu juga dengan simpanan dan pelaburan emas.

Bagaimana menyimpan emas dengan ilmu? Dapatkan jawapannya di Fblive ini.

Banyak tawaran menanti anda. Antaranya tawaran belian, offer jadi dealer dan banyak lagi.

Jumpa di FBlive!
Bila masa terbaik nak beli emas?

Masa terbaik adalah 20 tahun lalu. Tapi tak dapat nak undur masa. Jadi masa kedua terbaik ialah sekarang.

Ya. Sekarang.

Boleh mula beli dan simpan emas dari sekarang. Jadikan harga sekarang sebagai benchmark anda membeli emas.

Dah ada akaun simpanan emas Public Gold? Kalau sudah, tahniah. Teruskan menyimpan emas secara konsisten.

Bagi yang belum ada akaun emas Public Gold, jom daftar akaun secara percuma. Tiada caj atau yuran keahlian. Hanya daftar akaun dan mulakan dengan belian emas pertama serendah RM100 dalam tempoh 24 jam supaya akaun aktif. Beli emas dapat emas.

www.wasap.my/+60177307520/nakbukaakaunpublicgold

Simpan emas pasti berbaloi.

P/S : Gambar di bawah adalah contoh2 emas fizikal yang anda boleh dapat dengan kaedah belian sama ada bayaran penuh, ansuran ataupun withdraw dari akaun simpanan emas GAP Public Gold. Ada banyak lagi pilihan lain.
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.4000 gram
MYR 250 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 240 (9 March 2021)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 4 April 2021
Salah satu cara untuk konsisten menyimpan emas adalah kita meletakkan komitmen untuk beli emas setiap bulan.

Macam mana caranya?

Kita boleh beli emas menggunakan kaedah EPP (Easy Payment Plan) iaitu kita boleh beli emas dan bayar secara ansuran dalam tempoh 4 atau 10 bulan.

Contoh, kita ada bajet RM110 sebulan. So, kita boleh grab promo beli 1 dinar dan bayar selama 10 bulan sebab bayaran bulanan dalam RM106 sahaja.

Habis je bayar, boleh terus collect dinar kita. Nak bayar cepat pun boleh.

Nak order, WhatsApp saya => wasap.my/60177307520/promoDinarEPP

* Promo ini sah sehingga 25 April 2021.